23 Januari 2012

"Saya Tak Layak Untuk Awak"


Adegan Dalam Filem "Kekasihku Di Menara Alor Setar" Arahan MHZ fdam
Mamat: Awak..Kenapa tetiba je awak nak mintak putus ni?? Saya ada buat salah ke?? Takkan sebab saya tak belikan Kit Kat semalam awak nak minta putus??
Minah: Bukanlah..bukan pasal Kit Kat tu..
Mamat: Habis tu..ok2..jangan cakap kat saya sebab Cendol tak sedap minggu lepas awak nak mintak clash..
Minah: Ya2..Saya memang marah pasal cendol tu tapi itu dah lama pun kan..hurm
Mamat: Then, sebab apa?? Tolongla awak..Dah 1 minggu kita couple..Lama tu awak tau tak..Kalau keje kat kedai makan pun dah berapa jugak duit gaji saya dapat..
Minah: Entahla awak..lepas lebih seminggu couple dengan awak..saya rasa saya tak dapat bagi apa yang awak nak..sori awak
Mamat: Apa?? Eh, takkan semudah tu awak nak kita putus..itu just anggapan awak je..kita baru je couple..banyak lagi masa untuk kita saling kenal mengenali..
Minah: Saya minta maaf awak..Saya rasa saya tak cukup layak untuk awak..Maaf sangat2..

Lelaki Hari Ini (LHI)
Hos: MHZ
Tetamu Jemputan: Prof J
Topik: "Saya Tak Layak Untuk Awak"

MHZ: Halooo...Assalamualaikum..Salam LHI MHZ ucapkan kepada semua para peminat Lelaki Hari Ini..Apa khabar semua?? MHZ harapkan semuanya sihat2 belaka ok..Hah!! Apa yang kita tunggu lagi..Tajuk yang bakal dibincangkan pada hari ini pasti cukup hangat plus karat buat anda semua..haha.."Saya Tak Layak Untuk Awak"..Pergh..Memang mantap sungguh..hoho..Sebelum meneruskan forum kita, saya menjemput tetamu yang bukan lagi makhluk asing pada kita, saya persilakan Prof J..

Prof J: Ya, terima kasih MHZ kerana sudi menjemput saya..Saya pun sebenarnya ada banyak jugak rumah kenduri nak kena pegi ni..Kawan2 Cina pun ada jugak jemput datang rumah sempena Raya Cina kan..Bini saya pun tengah masam je kat rumah tu sebab tak dapat nak pegi tengok anak sedara dia kawin hari ni..

MHZ: Err..Ya2 Prof..Kita ketepikan dahulu pasal kenduri semua tu..Jadi Prof, apa yang boleh Prof katakan secara ringkas tentang ayat "Saya Tak Layak Untuk Awak"..Silakan Prof..

Prof J: Saya tertarik untuk memberi sedikit komentar tentang terma "Tak Layak"..Kebanyakan wanita agak berhati-hati dalam menggunakan perkataan2 yang seumpama ini..Kalau awek tu betul2 yakin sayangkan seseorang lelaki, amat payah sekali bagi mereka untuk mengungkapkan kata2 yang sedemikian rupa..Kaum Hawa ni merupakan kaum yang lembut hati mereka..Ada kalanya mereka tidak sampai hati untuk menyatakan yang benar..So, to play safe..Mereka menggunakan terma2 seumpama ini bagi memudahkan mereka untuk meloloskan diri..Macam rancangan Bolos yang Zizan jadi Pengacara tu..hoho

MHZ: Tetapi Prof, mengapa tak layak?? Kenapa tidak digunakan frasa2 lain seperti tak cantik, tak baik, dan tak2 yang sewaktu dengannya?? Agak2 kenapa ya Prof??

Prof J: Bagus ya soalan tu MHZ..Sebenarnya "Tak Layak" ni amat subjektif..Bila seseorang awek nak mintak clash, dia tak mahu pergelutan kata2 yang semestinya berunsur makian serta cacian itu berpanjangan..Oleh kerana tidak mahu memanjangkan perbahasan Bajet 2013 itu, mereka akan menggunakan terma2 subjektif yang bakal menyukarkan si lelaki untuk membuat hujahan balas..Setakat itu sahaja hujahan saya yang arif..hoho

MHZ: Rasa2 Prof la..Kenapa awek2 di luar sana agak memilih kata2 serta ayat yang sesuai untuk mintak putus?? Kenapa tak straight forward je??

Prof J: Bagus jugak soalan ni..Memang banyak soalan bagus hari ni ya..MHZ pegi tuisyen ke apa..haha..Ok2..Macam yang saya katakan..Kita mulakannya dengan elok maka kita tamatkannya juga dengan cara yang elok..penyebab kepada putus tu memang melambak sangat..Sampai kalau saya bentangkan kat sini memang tak sempat (Malas nak cakap sebenarnya)...Kaum Hawa ni tak mahu perhubungan selepas putus bakal menjadi peperangan sivil yang besar..Maknanya mereka mahu menamatkannya dengan cara yang bertamadun..Duduk semeja, buat rundingan meja bulat dan kemudian makan bihun goreng dan teh o panas and kemudiannya balik dan tidor..

MHZ: Ok2 Prof..Sebelum kita mengakhiri forum kita, apakah saranan Prof kepada kaum Adam yang menerima nasib sebegini rupa??

Prof J: Sarapan saya pagi tadi tadi nasi lemak ikan bilis dengan teh tarik..saranan saya pulak ialah pandu cermat jiwa selamat..maksud saya ialah pandu hati anda dengan bijak..jangan mudah mengalah ye..hidup perlu diteruskan..mungkin dia bukan jodoh kita..ada yang lebih baik menanti kita insya-Allah..Setiap yang berlaku itu ada hikmahnya..Macam Cendol yang kurang manis..Memang tak sedap..Tapi hikmahnya tak kena kencing manis..hoho

MHZ: Baik..terima kasih Prof..Nanti kita akan jemput lagi Prof ke LHI..terima kasih semua..bye2..Jumpa lagi..

Lelaki Hari Ini (LHI)..MHZ nak bancuh nescafe..dahaga la plak..haha

4 ulasan :

simaa syaz berkata...

menarik..tpkn cmne plk yg si lelaki yg nk mnx pts ngn awek dia..? knapa kbykn lelaki suka bg ayt -> sy TAK ADA KOMITMEN or TAK NAK ADA KOMITMEN lg ngn awek tu sbg ayt nk mnx pts..?
kenapa komitmen jgk yg dijadikan alsn mereka2?

Mohd Hakimi Zulkifly berkata...

hoho..menarik soalan tu..memang btul pun..lelaki banyak gunakan alasan tk mampu bagi komitmen..sebenarnya itu alasan nak cabut lari..hoho..takpe2..nanti saya tulis pasal ni dalam entry yang akan datang ya Syima..thank you..

Atikah binti zainol Abidin berkata...

pengalaman sy.......lelaki pun wat ayat macam tuh...contoh " awak terlalu baik sgt, sy Tak layak untuk awak, biar mase penentu segalenye" lelaki pun buat pempuan pun buat tidak ada beda kerane mereka manusia

Mohd Hakimi Zulkifly berkata...

Betul2..kadang2 laki pun guna ayat ni..hoho