13 Januari 2012

Cara-Cara Melupakan Bekas Kekasih


Adegan Dalam Drama "Jandaku Meletop Kembali" arahan MHZ fdam
Leha: Amboi kau sekarang Nab..Bukan main melaram lagi kau..Sejak2 dah jadi janda ni, bukan main letop lagi kau Nab..
Nab: Ala Leha..Aku pakai cantik2 ni pun sebab aku suka pakai macam ni..Dari dulu lagi aku macam ni Leha oi..Bukan pasal si Majid tu tinggalkan aku baru aku nak menghias ala2 ratu kebaya ni..Tak kuasa aku memikir pasal jantan tak guna tu..
Leha: Jangan cakap macam tu Nab..Walau terok2 dia pun, dia tu bekas laki kau..
Nab: Leha, Say it again Leha..Bekas laki ok..bukan laki aku..orait..aku nak chow pegi pekan Changloon ni..manala tahu ada mat bangla yang melekat kat aku ke..K..Bye
Leha: Hai kau ni Nab..Suka hati engkau la..Jalan elok2 ye Nab..Engkau tu pun dah lama tak pakai kasut tumit tinggi..Jatuh karang, terpeleot pulak..

Cara-Cara Melupakan Bekas Kekasih

MHZ tahu..Memang ramai yang mengalami dilema ini..Sangat menyakitkan serta memilukan pabila ditinggalkan kekasih..Namun harus diingatkan..Semua itu adalah ujian serta ketentuan Allah..Pasti ada yang lebih baik sedang menunggu kita di pintu bahagia bak kata David Arumugam..hoho

Bila dah rabak, koyak, serta berderai hati korang tu, pasti korang sedang bergegas ke klinik2 mahupun farmasi2 yang berhampiran dalam mendapatkan ubat yang paling mujarab untuk menghilangkan rasa rabak korang itu..Dan tidak kurang juga yang berkunjung ke kedai2 herba Cina bagi memperoleh herba2 seperti ginseng yang dapat mengubat kesan koyakan di hati..haha..Kalau nak lagi mujarab, minumlah cendol 3 in 1 keluaran Mak Cik Cendol Orang Kampung yang mengandungi kafein serta paracetamol tahap dewa yang mampu memberikan kesegaran untuk anda mencari pengganti yang baru..hoho

Korang pasti bimbang kan dengan keadaan hati korang yang kronik..Jangan bimbang..usah khuatir..bersama MHZ sebagai peguam cinta anda yang akan membantu anda dalam mengeluarkan anda daripada terus terjerumus dalam kancah cinta yang tidak kesampaian..Dalam erti kata lain, Cinta Mangkok Cendoi..Itu bukan saya kata..Mak Cik Cendoi kata..haha

Daripada kita terus membuang masa yang sebenarnya kita sendiri pun tak nampak plastik sampah masa yang kita nak buang tu..Jom kita saksikan cara-cara terbaik untuk melupakan bekas kekasih dengan berkesan..Calon-calonnya ialah..haha

1. Delete semua SMS dengan dia..Delete je apa yang ada nama dia termasuk yang dalam List Call..
Korang janganlah simpan lagi sms-sms dengan dia tu..nanti bertambah rabaklah hati korang..dah la hati dah kronik, disimpannya lagi semua benda alah yang boleh mendatangkan demam denggi berdarah tu..kompomla sakit beb..lagi sakit kalau korang pi menggatal baca sms-sms tu..kalau MHZ pun boleh tangkap leleh wa cakaplu..siap kena baling penyapu dengan roommate aku sebab terpekik terlolong menangis teringat kat awek lama..Kalau ada nama dia dalam list call pun, delete je..takyah simpan tu semua..Sekarang ni masa untuk kita isikan inbox kita dengan sms-sms happy and yang pasti, dengan orang yang baru..hoho

2. Pegi lepak dengan member2..Jangan Stay dalam bilik sorang2
Tolonglah jangan lepak dalam bilik sorang2..For sure korang akan ingat pasal dia..Pegilah keluar lepak dengan member2 korang..At least korang akan dapat lupakan dia sebab member2 korang tu akan bagi support kat korang..Dan kegilaan member2 terutama member2 laki ternyata akan buatkan korang sekurang-kurangnya lupakan dia buat seketika..Takdela dok pikir pasal bekas kekasih 24 jam..Hidup mesti diteruskan beb..Bunga bukan sekuntum..Kumbang bukan seekor..Payah betulla..Korang pegi minum Teh Tarik lagi best daripada dok meroyan pikir pasal dia..hadoi

3. Jangan Tengok Cerita Cinta..Pantang Besar
Aku tensen betolla..Ada sorang member MHZ ni tengah rabak pasal awek dia couple dengan jantan lain..Dia plak pegi melayan Ombak Rindu..Memang banjir air mata la bilik tu..Aku yang masuk bilik tu pun dah rasa macam ada kematian je dalam bilik dia..Mata merah semacam je..Bila tanya kenapa..Sedih terkenangkan awek dia..Eh, silap..Bekas awek dia..Hadoi..Sudah-sudahla wei..Daripada kau pegi melayan cite cinta tu..better tengok cite lawak ke..cite gadoh2 ke..lagi banyak faedahnya..Kalau nak pengajaran, gi tengok Upin Ipin..Ada jugak input kat korang..haha

4. Luahkan Pada Member Rapat Korang
Jangan simpan dalam hati ooo..Merana diri nanti..Korang perlukan someone untuk diceritakan pasal kisah sedih korang..luahan hati ni dapat meredakan sebak hati akibat ditombak sembilu..haha..Bagitau kat yang boleh dipercayai je tau..Yang agak2 becok tu, jangan cakap..Nanti kalau Abang Rambut Ketak Melodi tu datang carik korang, tak dapat MHZ nak nolongnya..haha..Jangan simpan tau..Bahaya nanti..Percayalah..Itu bukan saya cakap..Auntie Jual Kacang cakap suruh percaya sama itu MHZ..haha

5. Cari je pengganti
Ini memang terbaik..Ada pengganti maka ada yang mengisi kekosongan di jiwa korang..tapi jangan cepat-cepat sangat..nanti korang dah macam bagi harapan palsu pada yang baru tu..kenali dia dulu..kalau jodoh korang maka tak ke manalah dia kan..Kalau dia duduk Penang, kalau dah jodoh, memang kat Penang la dia duduk..Agak mustahil untuk dia berpindah..Kalau tiba-tiba dia pindah gi JB maka tak ada jodoh la tu..sebab  hanya akan ada jodoh kalau dia tak ke mana2..haha

Renung-renungkan..Selamat beramal..Ikhlas daripada MHZ..Jom pi meronjeng..haha


3 ulasan :

Dynda berkata...

hahaha. likey likeyyy! >.<

Mohd Hakimi Zulkifly berkata...

Haha..amboi..bukan main lagi dynda..haha

Qarr Jalil berkata...

1 da , 2 pun da...3 pun da..4 pun daa..5 pun daa...

wahh..