9 November 2011

Cinta Untuk Kahwin or Cinta Untuk Nafsu


Pernah tak korang tertanya-tanya atas dasar apa korang bercinta? Adakah untuk mengakhirinya hingga ke jinjang pelamin or hanya untuk nafsu semata-mata?

MHZ bukan nak cakapla tetapi ramai wanita yang tertipu dengan cinta. Hampir kebanyakan wanita percaya yang bercinta itu merupakan satu pembawaan kepada perkahwinan. Namun tahukah anda wahai para wanita sekalian bahawa sang lelaki tidak sama sekali berfikiran seumpama anda??

Lelaki yang bercinta boleh dibahagikan kepada 2 golongan. Golongan pertama ialah mereka yang berhasrat untuk menikahi wanita itu dan golongan yang kedua pula ialah mereka yang tidak langsung berhasrat ingin menikah namun bercinta semata-mata ingin mempunyai teman untuk dihabiskan masa bersama. 

Kepada para wanita, Boyfriend anda secara teorinya boleh digolongkan ke dalam golongan yang mana? Bercinta untuk kahwin atau bercinta untuk nafsu? 

Sekiranya anda juga mahukan cinta yang bertunjangkan nafsu maka anda tidak perlu risau. Akan tetapi sekiranya anda berhasrat mahukan bf anda menikahi anda, maka selidik segera. Sejauh mana keikhlasan hatinya ingin memiliki dirimu? Apakah ingin dijadikan isteri ataupun hanya sekadar teman wanita yang menjadi peneman di sisi?

"Bercintalah untuk Berkahwin"

4 ulasan:

Ana Farhana berkata...

golongan pertama :)

Mr.She berkata...

cinta untuk kahwin (':

niazis berkata...

cinta utk kahwin lbh diredhai Allah :)

Mohd Hakimi Zulkifly berkata...

Ya..cinta untuk kahwin..hoho