18 Oktober 2011

Cinta Buta


Mengapa bisa cinta itu hadir meskipun jutaan lompang-lompang kelihatan terpancar pada dirinya? Apakah mata sang pencinta itu telah dibutakan cinta yang tersemat di hati? Tidak ternilai harga sesebuah cinta namun setiap tindakan yang diambil pasti bakal wujud kesannya. 

Memang benar cinta itu buta. Adalah menjadi lumrah setiap apa yang dimiliki dirinya bakal dikaburi dek cinta yang terpahat pada hati yang mencinta. Keindahan cinta itu acap kali membutakan mata sang pencinta hinggakan setiap apa yang ditatapi pada kekasihnya umpama menatap sebutir permata yang tidak ada cacat celanya. 

Tidak salah untuk bercinta dan cinta itu sendiri yang melengkapi hidup kita. Tidak dinafikan juga bahawa cinta itu buta tetapi janganlah sehingga yang zahir itu pun kita anggap umpama ilusi dan sengaja menutup mata semata-mata kerana cinta. 

Emang benar cinta itu buta, akan tetapi kita tetap mampu mengubahnya.
Mata kita mungkin buta namun hakikatnya kita masih mampu merasa.

"Love is like the wind,
We cannot touch it,
but we can feel it"


1 ulasan:

Ganang Restu Bariadi berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.