22 Ogos 2011

Saya Keliru..Yang Mana Satu Patut Saya Pilih Untuk Dijadikan BF..


Kepadamu kekasih, aku berserah...Hadoi..berserah memang boleh dik..tapi nak berserah pun kena tengok keadaan jugak..ini sampai body pun nak main serah2 ni apa kejadahnya..itu bukan cinta sejati, itu gila seks namanya..hoho

Dah2..Kita tinggalkan dulu kisah Cinta Kerana Body ni..MHZ nak cerita pasal benda lain dulu..
Pada kali ini, MHZ akan menyentuh tentang satu PROBLEM yang dialami oleh seorang rakan kita..Haaa...Tudia..Siapa dia tu?? Maaf sebab MHZ tak boleh beritahu siapakah gerangan klien MHZ itu..Itu adalah rahsia antara saya dan dia..hoho..

"Saya Keliru..Yang Mana Satu Patut Saya Pilih Untuk Dijadikan BF"
Sebelum MHZ teruskan dengan solusi kepada permasalahan beliau..Adalah lebih elok kiranya MHZ mendedahkan terlebih dahulu masalah yang dialami oleh rakan kita ini..

Masalah Cinta Yang Dialami:-
MHZ, 
Saya tengah ada problem cinta sekarang ni..Saya ada BF dan kami telah menjalinkan hubungan cinta selama 3 tahun..Hubungan kami sangat la rapat..
Tapi BF saya ni terlalu mengongkong hidup saya..Dia tak benarkan saya Ber'Facebook' dan setiap kali kami berjumpa, pasti dia akan periksa Handphone saya..Kadang-kadang saya sendiri pun tak tahan dengan kerenah dia yang suka mengongkong tu..
Nak dipendekkan cerita, BF saya ni balik ke kampung..Dah 3 Bulan dia di kampung dan sepanjang 3 bulan ni, memang jarang sangat dia call or sms saya..
Saya rasa sunyi dan saya selalu menangis sebab asyik terkenangkan dia yang seolah-olah dah lupakan saya..
Oleh kerana terlalu sunyi, saya mula ber'Facebook' dan kemudiannya saya mengenali seorang jejaka baru..Kami tidak pernah berjumpa tapi kami selalu contact antara satu sama lain..Dia sweet..Pandai jaga hati saya dan hubungan kami makin mesra dari hari ke hari..
Ketika saya dan dia semakin dibuai ombak percintaan, BF saya tiba-tiba muncul balik..
Apa yang patut saya buat sekarang ni MHZ?? Saya keliru..Yang mana satu patut saya pilih?

Teknik Memilih BF Yang Berkesan
Dalam teknik ni, MHZ telah meletakkan 3 Ciri yang perlu diambil kira dalam soal memilih seorang BF..

1. Yang Mana Korang Sayang Lebih?
Haa..Ini yang paling penting..Korang kena tanya pada hati..Yang mana satu korang paling sayang..Kalau mamat A yang korang sayang, pilih dia dan tinggalkan mamat B..Dan begitulah juga yang sebaliknya..Kalau tak sayang, janganlah pilih sebab nanti korang jugak yang akan merana..

2. Yang Mana Korang Lebih Selesa?
Ini korang kena pastikan betul-betul..Yang mana satu korang rasa lebih selesa bila bersama..Jangan main-main dik..Walaupun korang sayang dia tak bererti korang akan selesa dengan dia..Pasal selesa ke tak adalah terletak pada diri korang..Ada je pompuan yang selesa bila BF dia tampar dia..Ada ke??haha..Entah..

3. Yang Mana Korang Rasa Lebih 'Caring'?
MHZ rasa hampir semua pompuan suka BF yang jenis 'caring'..Mana taknya..Sejuk je hati bila dia ada..Even tak jumpa pun, berdering jugak HP..Berbunyi jugak message tone..Selalu je dapat ungkapan I love you, I miss you..Pompuan mana yang tak suka kan kalau dapat BF macam ni..Kompom cair punyala..haha..Ini just pendapat MHZ je, kalau korang nak yang jenis tak 'caring' pun boleh jugak tapi bila dah 'couple' nanti jangan nak membebel pulak bila dia tak layan korang sangat sebab korang yang pilih dia..haha

Kepada klien MHZ,
Buatlah pilihan yang terbaik..
MHZ yakin kamu mampu mengubahnya

4 ulasan:

Norhisham Nordin berkata...

betul... betul... aku setuju dgn 3 tips tu...

Mama Amirul berkata...

Nak tambah lagi 1, kalo klien MHZ tu Islam, suh dia minta petunjuk dari Nya. Pas tu tak yah lah bercinta lama2..

Mohd Hakimi Zulkifly berkata...

btul2..klau tk dpt nk pilih sendiri, boleh buat solat sunat istikharah..

Mr.She berkata...

klo dynda, dynda pilih yg syg dynda lebih, bukan yg dynda syg lebih. eh, yeke? hahax