22 Ogos 2011

Perkara Yang Perempuan Perlu Tahu Tentang Lelaki


Oh, sekian lama MHZ menyepi kerana ketiadaan masa lapang bagi mengukir kata di blog MHZ COOL fm ini. Pening betol kepala ni. Oleh kerana kepeningan yang melampau, MHZ tidak dapat beraksi cemerlang dalam menghasilkan entry-entry meletop sepanjang minggu ini. Cuba korang bayangkan??? Seminggu MHZ bercuti tanpa satu pun entry jiwang karat. Mak Cik Senah jual Apam dengan Pak Man jual Air Tebu kat Bazar Ramadhan tu pun dah bising sebab seminggu menunggu entry baru daripada MHZ. Maaf ye semua. MHZ mengalami sindrom Cendol sebenarnya dan kerana itu, MHZ kekontangan idea nak menaip entry. Tapi 'Don't worry'. Sekarang ni MHZ sudah kembali berada dalam 'Top Form' dan sudah pasti blog MHZ COOL fm akan kembali menghantui jiwa anda.  

Kali ini, MHZ nak membawakan kepada anda satu topik yang sering kali menjadi bualan dara pingitan di kampung-kampung yang kuat menyembang di waktu petang di atas pangkin depan rumah yang bersebelahan dengan sawah bendang. Situasi yang hampir serupa turut berlaku kepada dara pingitan di kota-kota besar yang turut bergosip akan topik yang sama di McD dan Restoran Sate Kajang Haji Samuri sambil menayangkan 'handbag' yang baru saja dibeli di 'Petaling Street'.  

'Perkara Yang Perempuan Perlu Tahu Tentang Lelaki'

1. Lelaki Suka Benda Yang 'Simple'
Korang tau tak apa yang MHZ maksudkan dengan 'simple'?? 'Simple' yang dimaksudkan ialah mudah, ringkas, senang dan cepat. Lelaki sangat sukakan benda yang 'simple'. Dia tak suka benda-benda remeh ni. Kalau awek diorang suruh buat kad ucapan ke or buat gubahan bunga ala mak dara ke, mesti muka diorang kelat plus mulut muncung sebab lelaki memang tak suka buat benda remeh. Lelaki lebih sukakan kerja-kerja berat seperti kegiatan mengangkut almari dan meja walaupun terbukti aktiviti riadah seumpama itu lebih meletihkan lagi memenatkan. Bagi lelaki, biar penat asal cepat. Lelaki tak suka kerja-kerja remeh seperti mencipta kad ucapan mahupun membuat gubahan bunga yang meskipun tidak memerlukan kekuatan fizikal umpama 'The Rock' namun berjam-jam lamanya nak dihabiskan semata-mata nak mengadap menatang tu. 

Moral of the Story
Kepada para awek, elakkan menyuruh pakwe korang buat kerja-kerja remeh kerana ia mungkin dijadikan salah satu daripada 10 alasan yang akan digunakan untuk mintak 'CLASH' kat korang ketika pembentangan Rancangan Clash ke-10.
-solusi terbaik: suruh dia pegi keje kontrak setiap kali korang habis 'dating', kompom dia sayang ko lebih. 

2. Kebanyakan Lelaki Tak Suka Perempuan Bermekap Tebal
Girls, jangan marah I ok..Ini hanya berdasarkan survey yang telah MHZ jalankan. Kenapa MHZ gunakan the word 'kebanyakan'? Ini disebabkan ada jugak lelaki yang sukakan kepada perempuan yang bermekap tebal. Kepada girls yang gemar bermekap tebal, jangan bimbang, korang sudah boleh menarik nafas lega kerana ternyata permintaan terhadap korang masih tinggi. Kalau tak percaya, cer tengok Bursa Saham BSKL hari ni. Rakan-rakan lelaki MHZ kebanyakannya mengatakan yang mereka merasa takut melihat perempuan yang bermekap tebal. Kalau korang ada Astro, cuba tengok cite 'Moreh' lakonan Ayu Raudhah di Saluran Astro Oasis. Pergh, memang tebal siot mekap dia. Alamak, jangan marah ya Kak Ayu, itu cuma berlakon je kan. MHZ gurau je Kak Ayu. Jangan cakap kat Abang Zaquan tau..hoho..Apa yang pasti, lelaki lebih sukakan kepada 'Natural Beauty'.

Moral of the Story
Pakai mekap tebal tidak lagi menjadi persoalan sekiranya pakwe korang menerima pemakaian mekap itu sebagai satu keperluan asas buat korang. 
-solusi terbaik: paksa jugak pakwe korang terima pemakaian mekap tebal, kalau tak, tak payah gatal nak 'COUPLE'.

3. Lelaki Suka Datang Lambat
Ini memang MHZ tak dapat nak tolong kaum yang bernama Adam. Kitorang ni memang selalu lambat. Nak pegi kuliah lambat, nak pegi 'dating' pun lambat dan yang paling best, nak pegi semayang Jumaat lagilah lambat. Memang sinonim agaknya perkataan lambat dengan lelaki. Mungkin kerana kedua-duanya bermula dengan huruf 'L'. Mengikut Kamus Dewan Wanita Malaysia Edisi Kelima, 'lambat' bermaksud 'lembab'. Kepara para awek, bersabarlah sekiranya pakwe korang datang lambat kerana itu adalah fitrah lelaki. Percayalah, mereka memang lembab lambat sejak dari azali lagi.

Moral of the Story
Terima je pakwe korang tu seadanya. Korang 'couple' la dengan jantan mana pun, perangai diorang lebih kurang serupa je. 
-solusi terbaik: cakap kat pakwe korang, kalau lambat, kena belanja makan..MHZ yakin dia akan tiba sejam lebih awal pada setiap pertemuan..

4. Lelaki Sukakan Layanan
Awek-awek kat luar sana, cer korang buat-buat baik kat pakwe korang..layan dia elok-elok..
Layan di sini bukan bermaksud adegan 18SX ye..Layan yang dimaksudkan ialah tunjukkan kepada pakwe korang yang korang betul-betul menghargai diri mereka. MHZ kompom yang pakwe korang akan cair. Tak Percaya? Cuba try buat tengok..SMS diorang selalu, 'Call' bila perlu..nescaya hidup korang akan bahagia hingga ke anak cucu (kalau korang kawinla)..

Moral of the Story
Jangan buat dek je kat lelaki..Diorang pun ada perasaan jugak..Ingat pompuan je ke yang tahu nak merajuk..huhu
-solusi terbaik: Korang try keje part time jadi Pelayan Restoran..Lepas tu, insya-Allah korang akan ada banyak skill untuk melayan kerenah mereka yang bernama lelaki..Apa korang ingat senang ke nak jadi pelayan..Jual Cendol pun tak sesusah tu tau..

Macam yang MHZ tengok kat Pizza Hut, siap ada tulis lagi:-
'Tegur Kami Sekiranya Kami Tidak Senyum'
(Dalam Hati: Kalau aku tegur karang, marah pulak)

Hadoi..Setakat itu sahaja perkongsian yang bisa dilakukan di kala ini. Insya-Allah MHZ akan kembali dengan entry-entry yang lebih hangat lagi..Ok..MHZ nak pegi tengok Movie plak..Ingat nak minum nescafe tadi tapi MHZ puasa la pulak..haha..ok2..bye2


16 ulasan:

Albenz berkata...

hhahaaaa...no comment..[walaupon dah ter comment..]

c i k a n a berkata...

nice entry MHZ.. thanx 4 sharing =D

budakijaupendek berkata...

haha. nice entry la =)

SyuE berkata...

syu kurang setuju yg ke-4. lelaki sukakan layanan. em.. ni bg pandangan syu la. sebab selama syu experience dgn laki ni kan.

tak nampak pun yg dorg ni suke dilayan. kadang2 rase cam kite ni hah terhegeh2 kat dye. tp dye cam x bg ape2 respon yg dye suke. mungkin syu x npk kut kn. tp tu pandangan syu la.

syu tak pernah buat dek kt bf syu, tp dye buat dek kt syu ade ar. ;p
sms pun susa nk bls. kiki..

em.. maybe x sume laki kut nak macam tu. ;)

si para para berkata...

patut la name blog ni MHZ COOL...memang cool rupanya.hehe

Seindah Bicara 2 berkata...

haha.. nice post. mmg stuju. tp bab dtg lambat tu, x sume laki2 tw. hehe. =)

miss dynda berkata...

hiks! terbaik! yg part lambat tu mmg sgtsgtsgt stuju. jenuh mnunggu. zzzz

liya alia berkata...

yesssss !!!! jadi pelayan memang susah.. haha..
btw, dah tahu la perangai lelaki yang sebenar benarnya..
haha

Addin berkata...

banyak facts tentang lelaki yang boleh belajar ni . huhu

apa apa pun lelaki ni complicated juga kan sama macam perempuan :)

Green Apple berkata...

baru tau lelaki suka dilayan... abih pompuan camane lak... dpt layanan jg ke...

Cik Bell berkata...

hahaha..bagos2..
tapi memang..~ lelaki suka lambat..chOyyy~
pahtu bila dia terawal sikit.ceh.mula la nak bangga knOn punctual..ceh.ape pun xbleh.hahahaha

Mohd Hakimi Zulkifly berkata...

Lelaki kalau yang datang awal tu memang hebat la..In case Pakwe korang tu jenis yang punctual, ikat dia ketat2, jangan kasi dia lari..haha

Nur Salsabilla berkata...

Wahh! Todiaaa. perangai laki..

Betul2. Solusi2 yg diberi pun best. kah kah ;)

Norhisham Nordin berkata...

hahahaha... nice sharing...

Marina berkata...

kalau yg no. 4 tu kena give n take...tak boleh nak harap pakwe yg start dulu atau makwe yg start dulu, kan?

Eliyana berkata...

bab simple & mekap tebal tu mmg betul...hubby selalu tegur nape pompuan suka sangat mekap tebal2...rimas katanya