23 Julai 2011

Punca Wanita Hidup Single

Saluran Cinta


Segala Yang Tertulis Merupakan Idea/Pendapat MHZ sendiri. Coretan ini tidak ada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia

(Perbualan ini dirakam daripada perbualan mak cik-mak cik yang ketandusan gosip)
Jah: Nab, ko perasan tak anak dara si Leha tu?? Aku rasa umur dah dekat 30 dah tapi tak kawin2 lagi. 
Nab: Ye tak ye jugakla Jah. Itu sebab nak kerja dulu la tu. Nak pentingkan kerjaya la, nak hidup solo dulu la, tak nak ada anak awal-awal la, itu jela alasan budak-budak perempuan muda zaman sekarang. 
Jah: Aku sokong kau Nab. Tak macam kita dulu-dulu. Muda-muda pun dah kawin, dah ada anak. Kalau usia dah lewat, silap-silap jadi anak dara tua la jawabnya.
Leha: Eh, la...Ko ke Nab, si Jah pun ada sekali..Apa yang korang gosip2 ni?? Dari dapur tadi aku dengar bukan main rancak lagi korang bersembang..kalah Cik Embun Mami Jarum belakang kampung kita tu. 
Nab: Kami bukan apa Nab, anak engko tu hari ke hari meningkat umurnya. Dah ada calon ke belum??
Leha: Oh, anak aku si Nora tu belum lagi nak kawin. Dia kata dia nak pastikan kewangan dia kukuh dulu, lepas tu baru pikir nak kawin.
Jah: Hurm..entahla Leha oii..Kami ni boleh cakap aje..Anak engko tu macam anak kami jugak..Kan Nab kan??
Nab: Yela Jah..(Nada Sinis) 

Ramai Ke Wanita Yang Memilih Hidup Single?
Ini memang MHZ tak dapat nak berikan dari segi statistik sebenar namun 'trend' masa kini menunjukkan ramai Wanita yang memilih untuk hidup Solo. Mengapa mereka memilih jalan yang seumpama itu?? Apakah tiada lagi lelaki yang layak dijadikan suami?? Timbul pelbagai persoalan yang masih menjadi tanda tanya sehingga ke hari ini. 

Pada kali ini, MHZ mahu mengemukakan beberapa hujah mengapa wanita memilih untuk 'single'?? Adalah diingatkan bahawa hujah-hujah MHZ ini tidak semestinya benar namun dijamin boleh dijadikan bahan bacaan di waktu lapang.

Punca-Punca Wanita Hidup 'Single'
1. Pentingkan Kerjaya
Sesetengah wanita merasakan perkahwinan boleh merencatkan proses tumbesaran Kerjaya. Korang percaya ke tak dengan kenyataan tu?? Cer tengok budak-budak kecik, diorang minum Anmum Essential. Sebab tu la otak diorang cerdas dan bijak macam Uncle Kimi dalam Tom Tom Cool. Wanita merasa takut suami mereka mungkin menghalang mereka untuk pergi jauh dalam kerjaya. Sebagai contoh, mereka tinggal di Penang dan si isteri tiba-tiba ada appointment di KL. Si isteri terpaksa 'drive' dari Penang ke KL semata-mata kerana appointment. Oleh kerana faktor jauhnya tempat macam itulah, wanita selalunya takut suami mereka tidak akan mengizinkan mereka pergi jauh dalam kerjaya.  

2. Tiada Calon Suami Yang Sesuai
Mak sibuk suruh kawin dengan anak Pak Man belakang Surau. Alim katanya budak tu. Yang ayah pulak nak suruh kawin dengan Cikgu. Ayah kata nanti senang nak bantu dia di kebun sebab Cikgu kan banyak cuti. Para wanita kadang-kadang tersepit antara pilihan keluarga dan pilihan sendiri. Nak kawin dengan pilihan kelurga, takut tak kenal dan dengan pilihan sendiri pulak, nampak macam tak yakin dengan mamat tu. Aduhai, memang tak kawinla engko kalau macam ni.

3. Terlalu Memilih Ketika Di Usia Muda
Dulu masa tengah 'hot', pergh, jual mahal. Nak cakap dengan laki pon payah. Jaga saham la katakan. Sekarang bila dah meningkat usia, barulah nak senyum, barulah reti nak menegur lelaki. Para wanita harus ingat, menegur lelaki bukan bererti gatal. Itu perkara normal. Cuma yang harus dielakkan ialah menggedik.
Tegur itu tidak sama dengan gedik. Keduanya membawa maksud yang berbeda. 

4. Gemarkan Hidup Solo
Ingat, kalau dalam hidup ni, semua kena hidup berdua maka tak ada la pertandingan acara 'Single'..Itu bermakna dunia mengiktiraf hidup 'single' anda..tahniah MHZ ucapkan..Memang ada wanita yang bersikap sebegini. Ini mungkin berpunca daripada gejala kurang makan dan masalah obesiti yang serius. Hah??haha..Sory2, MHZ merepek je tu..Kalau solo jadi kegemaran, mak cik CENDOl pun 'surrender' la beb..

5. Tidak Percaya Pada Lelaki
Bila putus cinta or cerai je, akan keluarlah satu ayat keramat yang berbunyi:-
"Takde laki pon, aku boleh hidupla"
Ini memang sindrom biasa yang ditunjukkan oleh mereka yang baru menerima lafaz 'clash couple' atau cerai. Dek kerana  hampa serta kecewa dengan lelaki yang pertama maka lelaki kedua, ketiga mahupun yang ke 10976 yang hadir dalam hidup dia pon, dia akan 'reject' jugak sebab tak percaya dah dengan lelaki. Jangan macam ni dik, hidup perlu diteruskan. Tak elok hidup Solo lama-lama, dah tua nanti, sapa nak jaga kita kalau anak pun kita takde.

6. Tidak Mahu Dibebani Tanggungjawab
Wanita yang memilih hidup solo selalunya tidak mahu dibebani dengan tanggungjawab. Yela, bila dah kawin, suami nak kena jaga, anak-anak lagi, itu belum campur mak mertua lagi tu. Haha. Ayah-ayah mertua tidak disebut kerana mereka selalunya hanya minum Kopi sambil baca Paper dan tidak mengendahkan urusan remeh seperti hal rumah tangga anak2.

7. Bf kawin dengan wanita lain
Apalah nasib, diriku yang malang, oh, Tuhan. Tak boleh bersenang lenang. Hoho..Dulu punyala janji sehidup, semati tak janji kot..haha..kata nak kawin dengan I..lepas study, katanya nak kerja setahun then nak bertunang. Tapi sekarang, apa yang dah jadi. Last2, you kawin dengan si Kirana, perempuan pilihan mak you tu. Hoho..Perkara macam ni memang selalunya berlaku. Nasihat MHZ ialah pastikan Bf anda benar-benar mahu menamatkan zaman bujangnya dengan anda. Jangan sampai kecewa di kemudian hari. 

Di sini, MHZ ingin menyeru kepada wanita di luar sana agar jangan mengambil jalan mudah dengan hidup solo semata-mata kecewa dengan kekasih lama. Ingatlah, ramai lagi di luar sana yang boleh membimbing anda ke jalan yang benar dan sama-sama membina mahligai bahgia.

Terima kasih kerana sudi membaca, MHZ nak tengok movie dulu..bye2


9 ulasan:

she's lilo berkata...

haha kadang - kadang women out there single sebab rasa susah sgt nak cari lelaki yg betul2 bertanggungjawab..heee itu laa yg aku takut wey

Mohd Hakimi Zulkifly berkata...

jgn risau..cari btul2..insya-Allah jumpa..hoho

eyna lollipop berkata...

nice,..
yup,, ssh nk cri llki y ssuai...
n nk bina krjaya dulu...
(tp nk kawen cuma lewat cket je la) haha..

Adzrien Shoppe berkata...

memang ramai yg beralasan seperti di atas. tapi ada juga yg nak tapi tak dpt yg ok. maksudnya yg nakkan diaorang tu perangai tak serupa org. tak perlu nak merana berkahwin dgn org yg tak ok semata-mata takut jadi andartu. apa pun, tak leh nak give-uplah. Insyaallah, jika ada jodoh, dpt juga yg diidamkan. cuma jgn cerewet sgt nak yg perfect.

mas saari berkata...

singgah sini dari blog Ben Ashaari dan follow!

kalau jodoh tak kemana..

Unknown berkata...

Salam kunjungan. Wah, tahniah jd pilihan abg ben. Best kan?

Mohd Hakimi Zulkifly berkata...

Jodoh pertemuan itu di tangan Allah..Usaha dan kemudian tawakkal..insya-Allah akan dipertemukan dengan jodoh pilihan hati..

Tanpa Nama berkata...

huukk...rase2 cm tekene jerk entry2 kat ats nie..haha..tp yang aye pelik..aye umur baru 22tahun..tp owg2 dok tanye "bile nak kawin" xker cm hampeh..rase2 tak salah kot aye single skang..t umur dah 24baru laaa terima sesiape yang aye pikir sesuai tok jd calun suami aye..then tuhan galakkan umatnye untuk buat solat istiharah..kan2..

Mohd Hakimi Zulkifly berkata...

Kpd cik chipsmore:
Tak salah utk kita memilih sebab jodoh ni bukan benda mainan..
Kalau kita sangsi dalam membuat pilihan maka lakukanlah solat sunat istikharah dalam mendapat petunjuk daripada Allah SWT..Janganlah risau, jodoh tu ada cuma kita kena berusaha dalam mendapatkan jodoh kita..renung-renungkan..selamat beramal