Saluran Cinta |
(Sebaik sahaja anda membaca Entry ini, anda pasti akan merasa ragu2 dengan kesetiaan Pakwe masing2. Jangan risau, itu petanda biasa. Pastikan Hp anda dimatikan agar Pakwe anda tidak akan dapat menghubungi anda di kala ini. Kalau dia sayang anda, dia pasti akan tunggu..Haha)
Balang Balu Ada!! Balang Lama Mesti Lupa Munya Ma!!
-Pepatah MHZ (2011)
(Perbualan Ini Dirakamkan Di Sebuah Taman Bunga Berdekatan Kampung Nenas, dekat-dekat dengan Kampung Betik)
Awek: "Awak, Janji Tau, Lepas Kita Couple ni, Awak kena berubah"
Pakwe: Ye2..Ok2, Saya janji..
Awek: Betul ni??Janji Tau??
Pakwe: Ye2..saya janji..janganla risau..awak je di hati saya
Awek: Ok..saya percaya cakap awak..jom kita makan sayang..I lapar la
Pakwe: Ok..kita makan kat 'Chicken Rice Shop' jela..'Kenny Rogers' dengan 'Char Koewteow Omar' dah selalu sangat dah makan
Awek: I ok je..
(Apakah janji hanya tinggal janji? Kimi Singh Walia melaporkan untuk Aduan Cendol)
Peringatan
Post ini tiada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia.
Post ni bukan pasal pasal Ex-Pakwe tapi pasal Pakwe. Pasal Ex-Pakwe, lain kali aje lah MHZ tuliskan..Jangan Marah Ye Kak Jah..-Pesanan khas ini dibawakan oleh Mak Cik Cendol
Boleh ke Pakwe seseorang itu menambah koleksi awek??Wujudkah keadaan yang sedemikian rupa??
Jangan bimbang atau khuatir. Semua masalah ada penyelesaiannya. Ayuh, kita rungkaikan akan masalah ini satu persatu.
Boleh atau Tidak Laki Pasang Lebih Dari Satu Awek?
Kalau orang yang dah kawin pon boleh pasang sampai 4. Takkan orang yang bercinta tak boleh kan?? Yang lagi best, laki yang dah kawin, ada jugak kuota sampai 4 je. Yang tengah bercinta ni, pelan 'unlimited' lagi. Boleh tambah awek tanpa had. (Eh, sejak bila aku jadik 'promoter Celcom ni)
Tanda-Tanda Pakwe Korang Curang
Setiap penyakit pasti ada simptom2 awal yang boleh dikenal pasti. Kepada para awek di luar sana, sila pastikan jarak anda dengan laptop berada pada jarak selamat kerana MHZ khuatir mata anda bakal rosak kerana terlalu tekun ingin tahu 'possibility' kecurangan pakwe masing-masing. Ingat, ini hanya pandangan. Diingatkan agar jangan diserang Pakwe anda di waktu malam begini kerana pada waktu malam, lelaki selalunya akan lebih beremosi.
1. Dia jarang SMS/Call
Ini benda biasa sangat. Dia akan selalu tak reply sms dan tak angkat call anda. Berkemungkinan besar waktu itu dia mungkin bersama perempuan lain. Kalau dia bersama lelaki lain, dia pasti tidak akan merasa cemas untuk mengangkat call anda, apatah lagi kalau setakat nak balas SMS anda dengan ucapan "Hai, I busy ni..nanti sms lain ok"..
2. Dia selalu akan mencari kesalahan anda
Pakwe: You ni kan..Tak boleh nak tunggu I langsung ke?? Asyik2 Call..I rimas tau
Awek: Awak..sorila..I just nak tau you kat mana?? Itu je..
Pakwe: Awak tu memang..tak pernah nak percayakan saya..ingat saya ada pompuan lain la tu
Awek: Awak..saya minta maaf sangat2
Pakwe: Kadang2 saya pon bosan dengan awak ni..Senang2 kita 'break' je..
Hai..kerana awek call banyak kali pon nak gadoh macam ni..Ini belum gadoh pasal nak pegi makan kat mana lagi ni..Selalunya lelaki yang ada pasang awek baru ni akan cari jalan untuk 'break up' dengan awek sedia ada. Kalau 'clash' macam tu je, macam nampak jahat sangat kan so dia akan carik jalan jugak bagi menamatkan hubungan cinta dengan awek yang lama. Kejam tak? Itu tepuk dada, tanya la sapa-sapa yang ada kat situ.
3. Si pakwe akan selalu mengelak untuk berjumpa
Hai..susah sangat ke nak jumpa?? Apa susah?? Start moto or start enjin kereta, then pegi la jumpa dengan awek yang dulunya kata sayang bagai nak rak. Sekarang, bila awek ajak keluar je, kata busy la, ada kenduri la, jiran sebelah nak tunang la, mak cik cendol nak bukak cawangan la dan macam-macam lagi alasan yang direka semata-mata nak elakkan diri daripada berjumpa.
Hai, dulu kata sayang. Takkan cepat benor hilang?? Sebenarnya masa tu akan digunakan untuk pegi 'dating' dengan awek baru. Buat apa nak jumpa dengan yang lama, bila yang baru sudah menjelma.
4. Si pakwe selalu akan cakap kejap je kat phone dan SMS pon macam tak sudi
Contoh konversasi di telefon:-
Awek: Awak..Buat apa tu??
Pakwe: Takde apa..lepak2 je atas katil
Awek: Oh, dah makan ke belom??
Pakwe: Dah. Awak..Saya nak tido la..Nyte
Awek: Hah?? Huhu..Yela2..Nyte jugak
Contoh konversasi melalui SMS
Awek: Hi..tengah watpe je??
Pakwe: Lepak
Awek: Dah makan belom?
Pakwe: Dah
Awek: Tido lewat ke?
Pakwe: Dah nak tido..K, Nyte
Awek: Nyte2..huhu
Itulah antara tanda-tanda curang Pakwe anda kepada anda. Sekali lagi MHZ mengingatkan itu hanyalah pendapat MHZ semata-mata. Janganlah menilai Pakwe anda itu terok hanya kerana dia memiliki simptom2 di atas. Barangkali dia tidak dapat melayan anda kerana dia benar2 sibuk, sibuk melayan kekasih baru..haha
Ok..tu je..esok MHZ nak hantar adik pegi sekolah..Bye2
3 ulasan:
hehehhe=)
nice!
ni peringatan utk diri yang bakal berpakwe la suatu ari nanti..kiki
btw bru follow nih!
nice to meet MHZ =)
pergh! kuang hajor pakwe camtu.. mmg aku sembelih 18 klo dpt laki cmtu. HUAHUAHUA!
*ni pndpt mhz kn? err... mcm ade pngalaman je.. :DD
Haha..saya campur pengalaman sendiri dengan pengalaman orang lain sekali..
Catat Ulasan