25 Julai 2011

MHZ COOL fm sebagai Blog Pilihan: Terima Kasih Abang Ben

Terima Kasih Abang Ben

Saluran Isu Semasa

25 Julai 2011, COOL fm: MHZ digemparkan dengan sebuah entry Abang Ben Ashaari yang memilih MHZ COOL fm sebagai blog pilihan. Ramai yang telah berkunjung ke blog ini dan rata-rata memberikan komen yang positif kepada MHZ. (Eh, ini bukan berita tapi nak cerita)

Ok2..MHZ nak 'straight forward' je.. Hoh!! Penat jogging atas katil ni.. Ok, buat entry kali ni, MHZ ingin tujukan khas buat Abang Ben Ashaari yang telah memilih Blog MHZ COOL fm ini sebagai salah satu daripada Blog Pilihan beliau.

Memang tak disangka blog MHZ COOL fm boleh dipilih oleh Abang Ben. Mana taknya, blog ni dah la merepek habis..haha..kadang-kadang je serius sikit. Itu pun kalau entry tu melibatkan emosi atau marah2 sehingga mengakibatkan mak cik cendol pun takut sampai tutup gerai awal hari tu.

Masa mula-mula ber'blogging', MHZ memang tak tahu menahu langsung pasal dunia blog ni. Lepas je MHZ follow blog Abang Ben, terus MHZ celik bagaikan bayi yang baru keluar dari rahim ibunya. Amboih, macam pakar sakit puan la pulak..

Inilah keratan Blog MHZ COOL fm yang diambil daripada entry Blog Pilihan Abang Ben 

Sebaik saja Abang Ben memilih blog MHZ COOL fm, MHZ merasakan ada semangat baru untuk meneruskan perjuangan dalam dunia blog ini dan yang paling penting, perjuangan itu mengikut acuan MHZ sendiri. Chewah. Terima kasih banyak2 Abang Ben. MHZ takkan lupakan saat indah ini..hoho

Terima kasih juga kepada semua rakan-rakan Blogger yang sentiasa memberikan sokongan serta dorongan kepada MHZ.. 
Terima kasih You All..


5 ulasan:

Ben Ashaari berkata...

sama sama ... teruskan berblog dengan cool !

Mohd Hakimi Zulkifly berkata...

Ok..Abang Ben..MHZ akan terus ber'blogging' dengan COOL..

aamalinaazman berkata...

=)

saya dah follow sebb revie dr abg ben! =)

azlanmatt berkata...

smoga berjaya MHZ...teruskan perjuangan anda

Tanpa Nama berkata...

I recently came across your website and have been reading loads of posts of yours. I just thought I'd add a fast comment and let you know that you have got a definitely nice blog. I'll watch out for updates from you!