Saluran Lelaki Hari Ini |
Lelaki Hari Ini (LHI)
Hos: MHZ
Tetamu Jemputan: Prof J
Topik: Pakwe Gila Talak
Adegan Pakwe Nak Mintak Clash
Awek: You ni jangan nak main2 tau..Dah 5 tahun kita couple..Takkan senang2 je you nak kita putus..
Pakwe: Ye, I tahu kita dah lama bercinta..but that's not the point..
Awek: So, you still nak teruskan dengan niat you ni..Sampai hati you buat I macam ni..Sia-sia je pengorbanan I pada you selama ni..
Pakwe: Tolong jangan ungkit pasal kisah lama boleh tak..Kita tengah cakap pasal hal sekarang ok..
Awek: Awak..Janganlah buat saya macam ni..Saya tak boleh hidup tanpa awak..
Pakwe: I'm sorry..I cannot pretend to love you anymore..I'm sorry Nadia..This will be our last conversation..From now on, I'll be on my own, and so do you.
Awek: Awak...huhu..Tolong jangan tinggalkan saya..Saya merayu sangat..
Pakwe: Sorry nadia..I'm not turning back..bye
Adegan Pakwe Nak Mintak Couple Balik
Awek: Hah!! Apa yang you nak lagi?? Kita dah takde apa2 hubungan lagi ok
Pakwe: Takkan sampai macam tu sekali awak layan saya..Dah 5 tahun kita bercinta..I tahu you masih sayangkan I..
Awek: You boleh blah dari hidup I..I tak perlukan lagi lelaki yang macam you ni..
Pakwe: Awak..forget about our past ok..Kita bina hidup baru..I janji I akan jaga you hingga hujung nyawa I..
Awek: Don't worry..I will definitely start a new life..but not with you..
Pakwe: Awak jangan buat saya macam ni..Saya tak boleh hidup tanpa awak..
Awek: Yeke awak?? Yang lepas kita clash tu, boleh plak awak hidup tanpa saya ye awak..
Pakwe: Please..Jangan ungkit kisah lama..I dah berubah
Awek: Baguslah kalau you dah berubah..Sekarang pegi balik jaga awek kau tu..from now on, don't ever contact me again..
Pakwe: Sampai hati you cakap macam tu..Dia tak sama dengan you..You lain..You pandai jaga hati I..
Awek: Dah..Aku ada keje ni..Malas nak layan orang macam kau..bye
Lelaki Hari Ini (LHI)
Pakwe Gila Talak
MHZ: Ok..Apa khabar semua?? Salam COOL fm MHZ ucapkan kepada para penonton setia rancangan menggilakan ramai, Lelaki Hari Ini (LHI)..Pada kali ni, topik perbincangan kita ialah Pakwe Gila Talak. Bersama kita hari ini ialah tetamu jemputan yang tidak asing lagi dengan kita, Prof J. Apa khabar Prof?? Selamat Datang ke LHI..
Prof J: Khabar baik MHZ. Terima kasih kerana menjemput saya. Anak saya baru je tadi berkhatan. Ada la buat kenduri sikit. Mak Cik Cendol pon ada datang rumah saya tadi. Dia bagi kad jemputan kawin. Anak dia yang keje Kastam tu nak kawin. Dengan orang Negeri Sembilan katanya.
MHZ: Prof2..Kita tengah 'live' ni..
Prof J: Oh, yeke..Boleh order Cendol??
MHZ: Lepas habis ni kita order ye Prof. Tanpa melengahkan masa, saya nak teruskan dengan soalan yang pertama. Apa maksud pakwe gila talak ni sebenarnya Prof?
Prof: J: Soalan yang cukup baik. Gila talak ni selalunya kita kaitkan dengan bekas suami yang tergila-gila nak rujuk kembali dengan bekas isteri. Namun topik ni pulak lebih terarah kepada hubungan cinta. Kes ni akan berlaku apabila bekas pakwe tu merasa menyesal kerana meninggalkan kekasih lamanya. Si ex-Bf tu barangkali merasakan dia sudah tersalah langkah dengan melafazkan 'Clash' kepada bekas kekasihnya. Justeru, si ex-Bf tu akan cuba melakukan apa sahaja dalam menambat semula hati si gadis.
MHZ: Pada pandangan Prof, mengapa pada mulanya si Pakwe nak putus dan setelah beberapa lama, berpatah balik dan mahukan perhubungan itu diteruskan semula??
Prof J: Ini kebanyakannya berpunca daripada kehadiran orang ketiga. Si Pakwe tu merasakan orang ketiga itu mampu memberi lebih perhatian kepadanya berbanding kekasihnya yang sedia ada. Jadi dia mengambil jalan mudah dengan memutuskan hubungan cinta mereka kerana mahu menjalinkan hubungan dengan perempuan lain. Setelah beberapa ketika bersama kekasih yang baru, barulah dia sedar yang dia telah melakukan satu kesilapan yang besar. Selalunya dia akan mencari semula kekasih lamanya kerana menyesal di atas perbuatannya itu.
MHZ: Kenapa si Pakwe baru sedar akan kesilapannya setelah mengadakan hubungan dengan perempuan yang baru? Mengapa tidak dari awal lagi dia menyedari akan kesilapannya?
Prof J: Itulah lumrah manusia. Tidak pernah puas akan nikmat yang diberikan. Orang yang sebegini sememangnya tamak kerana dia tidak pernah puas dengan apa yang dikurniakan kepadanya. Dia sentiasa mahukan yang lebih. Di awalnya, dia mungkin merasakan awek barunya boleh memberikan sesuatu yang lebih baik daripada awek lamanya. Barangkali apa yang diharapkan itu hanya tinggal harapan. Jalan paling mudah ialah dengan memujuk kembali kekasih lamanya supaya menerima dirinya semula.
10 ulasan:
niceee!
saya arap saya x dapat pakwe cenggini..huhuhu..
rasenye da melambak pakwe gile talak ni. ;p
saya pernah ada dlm situation mcm ni.. dh ludah nak jilat balik... sory la.. xkan dpt punya la... hehehe =)
Anda disini sekali lagi...
http://informations-the.blogspot.com/2011/07/betol-betol-hangat-senarai-bloglist.html
Selamat menyambut bulan ramadan..
Selamat berpuasa.. :)
dah orang tak suka, blah je lah. HAHAHA!
hahaha...ppuan pon ader gila talak gak....time aku miskin senang2 jer sepak terajang aku....time dh keje..,bru nk terhegeh2 blk...sori la derrrrr....huhuhu
Betulla kan..dulu masa kita suka..tinggal cam gitu je..bila kita dh senang, bukan senang nk trima balik ye dak..haha
pakwe tak tau bersyukur..kui3...
pernah jugak mengalami kes cmni tp tak sampai jadi gila talak sebab dua2 pun mcm hampeh jek... so, move on single jek...
Catat Ulasan