29 Julai 2011

Cinta Sekolah Satu Jantina / Cinta SSJ

Saluran Isu Semasa

PERINGATAN: SEGALA YANG TERTULIS TIDAK ADA KAITAN LANGSUNG DENGAN MANA-MANA INDIVIDU SAMA ADA YANG MASIH HIDUP MAHUPUN YANG TELAH MENINGGAL DUNIA-MHZ

Sekolah Satu Jantina memang melambak kat Malaysia. Namun persoalannya wujudkah Cinta SSJ ini? Apakah ianya hanya satu dongengan semata-mata? Atau pun ia benar-benar terjadi di alam realiti yang sedang kita diami ini? Masih banyak lagi persoalan berkenaan perkara ini yang masih belum dapat dirungkai sehingga ke hari ini. 

Di pagi yang hening ini, MHZ bakal membongkarkan tentang isu Cinta SSJ. Apa itu Cinta SSJ? Dan sejauh mana Cinta SSJ ni bermaharajalela di sekolah-sekolah satu jantina di negara ini. Jom, sama-sama kita merungkai isu ini satu-persatu. 

Definisi Cinta SSJ 
Cinta SSJ bukanlah cinta normal bahkan Cinta SSJ ni boleh la kita kategorikan sebagai cinta paranormal. 
Mengapa MHZ cakap macam tu? Tak sopanla MHZ ni..haha..Tahukah kamu bahawa Cinta SSJ ni telah melanggar fitrah manusia.

Cinta SSJ: Cinta yang melibatkan dua insan bersamaan jenis yang bersekolah di sekolah sejenis.

"Lelaki pasangannya perempuan dan bukannya lelaki dengan lelaki mahupun perempuan dengan perempuan"

Dulu MHZ sekolah kat sekolah lelaki. Pasal sekolah perempuan, MHZ no komen sebab MHZ belum pernah lagi bersekolah di sekolah perempuan. Kalau ada kelapangan, maybe esok MHZ mendaftar di Convent Bukit Nenas. Oleh yang demikian, buat kali ni, MHZ hanya akan menyentuh tentang perihal Cinta SSJ di sekolah lelaki sahaja. Kepada para gadis, jangan merajuk, nanti pakwe2 korang susah nak pujuk..hoho

Panggilan/Terma Cinta SSJ di Sekolah Lelaki

Jambu: Jambu ni merupakan panggilan kepada adik junior yang comel..muka dia sangatlah comel sehinggakan kalau bertudung, nampak macam model tudung gitu . Sang jambu pasti akan menjadi rebutan di kalangan para senior. Bahkan ada yang bergaduh semata-mata kerana rebutkan jambu. Kehadiran jambu yang melintas di depan Blok Asrama Senior pastinya mencetuskan kehangatan dengan para senior yang sedang enak makan cendol di beranda akan bersorak serta bersiul tanda girang melihat kelibat jambu yang berjalan dan tersenyum malu ala-ala model Venezuela yang tengah buat 'cat walk'. 

Betik: Betik ni pulak merupakan panggilan kepada abang senior yang di'usha' oleh adik-adik junior. Adalah satu fenomena biasa apabila si Betik ni dianggap sebagai seorang jejaka hot yang digila-gilakan oleh adik-adik junior. Nama Si Betik pasti akan disebut-sebut serta menjadi bahan bualan tatkala para junior duduk bersembang sebelum 'lights off' sambil mencicah biskut Hup Seng ke dalam cawan berisi air Teh Lipton.

Limau: Limau ni adalah panggilan kepada pasangan yang sama umur or satu batch. Gejala Limau ni paling dahsyat sebab diorang boleh selalu berjumpa. Apatah lagi kalau duduk satu dorm yang sama. Tentunya cinta mereka lebih intim dan mesra. 

MHZ tak mampu komen banyak pasal benda ni sebab kalau cerita panjang lebar, takut ada yang terasa. Maklumlah, dulu time MHZ Form 5, MHZ jaga budak2 Form 1 sebab MHZ dilantik sebagai 'custodian'. Makanya gejala jambu serta betik ni memang MHZ akui wujud sebab ada kalanya MHZ sendiri dilantik menjadi posmen menghantar surat cinta mereka. Pasal gejala limau, MHZ tak amik port sangat.  

Itu jela yang dapat dikongsi..Cinta SSJ membawa sejuta erti..bye2


3 ulasan:

GadisAntik berkata...

hurmm. zmn skunk, susa nk ckp kn. syu rase da melambak kut cinta SSJ ni. coz kwn2 syu ramai cinta SSJ ni. ;p susa nk ckp, klu tegur, dye katenye kite jage tepi kain dye. so, diam je la... ;)

Mohd Hakimi Zulkifly berkata...

btol2..kita boleh tegur sikit2 je..kalau lebih2, nanti kena mrh..hoho

Zuraini berkata...

yg jambu tu pnah la dgar. tp betik ngn limau tu x pnah plak. haha