28 Julai 2011

Malaysia Harus Garang Menentang Singapura

Saluran Sukan

Malaysia walaupun tidak mampu menang menentang Singapura tempoh hari dengan mencatat kekalahan 3-5, itu tidak bermakna Harimau Malaya tidak mampu mengeluarkan kukunya semula. Pasukan Harimau Malaya harus menggunakan kesempatan bermain di stadium keramat yakni Stadium Nasional Bukit Jalil demi membenam cabaran Singapura dan seterusnya melangkah dengan bergaya ke peringkat Kumpulan Kelayakan Benua Asia. 

Harimau Malaya harus mempamerkan corak permainan menyerang kerana kita sudah ketinggalan 2 gol mengikut aggregat. Malam ini, kita harus menang dengan sekurang-kurangnya 2 gol demi menamatkan kempen kelayakan Piala Dunia pasukan Singapura.

Malaysia tidak harus lagi takut serta gentar akan kelibat Sang Singa. Terkam saja Sang Singa. Jangan Biarkan mereka bertakhta di atas padang. Dengan kehadiran para penyokong Malaysia yang dianggarkan lebih 80, 000, ia pasti bakal menggamatkan stadium keramat Bukit Jalil. Ayuh Harimau Malaya, harapan rakyat Malaysia kini di bahu anda demi menjulang nama Malaysia ke persada Bola Sepak Dunia.

Majulah Sukan Untuk Negara

3 ulasan:

Norhisham Nordin berkata...

bro, betul tu.. malaysia harus menyerang malam ni... kite jumpa di sana bro... sokongan padu akan diberikan...

Mohd Hakimi Zulkifly berkata...

btol2..kita kena lawan habis-habisan..jgn kasi can sama singapore..

Abang Kacak berkata...

yeah.. malaysia kene menang gak.. xkire..