27 Julai 2011

Jom Kenali Hantu UUM

Saluran Isu Semasa

Atas permintaan ramai bakal junior yang bertanyakan pada MHZ di Facebook pasal cerita-cerita hantu kat UUM, MHZ pon nak 'story' la sikit kat sini. Sebenarnya dik, kat mana-mana tempat pon ada je benda-benda macam tu. Mulut jangan celupar, tingkah laku kena jaga. Barulah boleh masuk Imam Muda or Ustazah Pilihan. Tak gitu..haha

Okla..MHZ pun tak tahu dari mana cerita yang bakal-bakal junior UUM ni dapat. Diorang ni masuk UUM pun tak lagi. Bulan 9 ni baru nak daftar tapi yang bestnya, dah kenal dah dengan hantu-hantu kat UUM. Pasti hantu-hantu kat UUM merasa bangga kerana sudah mula dikenali ramai. Kalau tak, di gerai cendol je orang cakap pasal hantu kat UUM tapi sekarang, cite pasal hantu kat UUM telah mula kedengaran di dada-dada Facebook. Begitu ghairahnya bakal para pelajar UUM ini dalam cuba mengenali masyarakat hantu di bumi Sintok, Kedah.

SEGALA CERITA YANG DIKONGSI DIPEROLEH MELALUI PENGALAMAN MHZ SENDIRI DAN JUGA PENGALAMAN RAKAN..SEGALA YANG TERKANDUNG HANYALAH SEBAGAI SATU BENTUK PERKONGSIAN SEMATA-MATA DAN BUKANLAH BERTUJUAN MENAKUT-NAKUTKAN MANA-MANA INDIVIDU-MHZ

1. HANTU POCONG
MHZ mengingatkan sekali lagi. Ini hanyalah satu bentuk perkongsian. Cite ni berlaku masa MHZ sem 1. Dulu masa MHZ duduk di DPP Perwaja, MHZ ada sorang member ni. Nama tak boleh cakapla. Dia ni ada awek di DPP Tradewinds. Ada satu malam ni, dia pegi jumpa awek dia kat DPP Tradewinds. Dia pegi DPP Tradewinds dari DPP Perwaja jalan kaki je. Jauh jugak tu, dan ditambah pulak dia jalan kaki tu time malam-malam. Lepas puas 'dating', dia pun balik dari DPP Tradewinds ke DPP Perwaja Semula. Masa dia balik tu, jam menunjukkan pukul 12.30 malam lebih kurang. Dia jalan kaki di laluan pejalan kaki bersebelahan DPP Petronas menuju ke DPP Perwaja. Time tengah syok jalan tu, tetiba dia merasakan dia diperhatikan oleh sesuatu. Dalam keadaan 50-50 berani dengan takut, dia menoleh dan seterusnya memandang ke arah gelanggang bola tampar DPP EON. Air liur mulai diteguk berkali-kali. Langkah kakinya mulai perlahan. Bulu romanya menegak serta merta sebaik sahaja terpandang sekujur mayat reput yang sudah kekuningan mukanya siap berkafan sedang berdiri memandang ke arahnya. Dia menggerakkan langkahnya dengan perlahan kerana khuatir diekori makhluk itu. Makhluk itu masih memandang ke arahnya meskipun dia sudah berjalan agak jauh meninggalkan tempat kejadian. Sebaik sahaja sampai di persimpangan jalan masuk ke DPP Sime Darby, dia terus berlari laju ke DPP Perwaja. MHZ tahu cerita ni daripada dia keesokan harinya. Budak-budak laki Sem 1 Perwaja dengan senior-senior Perwaja yang kami rapat semuanya tahu akan peristiwa ini. Bagaimanapun ia kekal menjadi misteri. Sama ada rakan MHZ tu menipu atau tidak dengan ceritanya, MHZ tak dapat nak komen apa-apa tapi kalaulah benar dia menipu, agak dahsyat jugaklah tipunya kerana dia terus lagi menipu dengan mendemamkan diri selama 3 hari selepas kejadian yang menimpa dirinya. 

MORAL of the STORY
"Jangan selalu pegi 'Dating'"

2. NGILAIN LANGSUIR
Peristiwa ini terjadi kepada MHZ dan seorang lagi rakan karib MHZ bernama DO. Peristiwa ini berlaku di Bukit Kaci. Masa tu MHZ dengan DO sedang mendaki jalan dari Kaci Mall ke DPP SME Bank. Kami menggunakan jalan bersebelahan dengan hutan dan bukannya jalan yang di sebelahnya ada tangki air dan lepas tu jumpa kediaman pengetua. Sedang enak kami berdua berjalan sambil berborak, kami kemudiannya dikejutkan dengan satu ngilain. Ngilaian itu kedengaran 2 kali dan kami seolah-olah dapat merasakan benda itu terlalu dekat dengan kami. Memang tak syak lagi, itu ngilain langsuir. Kami yang sedang rancak berborak terus terdiam. Kami menjangkakan itu hanyalah perasaan kami namun selang beberapa saat kemudian, kedengaran anjing mulai menyalak menandakan ada sesuatu yang aneh telah muncul. DO cuba membuka mulut. Barangkali dia mahu bertanyakan apakah MHZ juga mendengar ngilaian misteri itu. MHZ memberikan isyarat dengan tangan agar jangan ditegur ngilaian itu. Sebaik sahaja sampai ke Kafe DPP SME Bank, barulah kami buka mulut. Seperti yang dijangkakan, DO juga mendengar ngilaian yang sama sebagaimana yang MHZ dengar. Ternyata itu satu detik yang tidak dapat dilupakan sehingga ke saat ini.

MORAL of the STORY
"Lelaki jangan 'Dating' dengan Lelaki"

Segala yang tertulis merupakan satu bentuk perkongsian dan pesan MHZ ialah jangan kita terlalu taksub mempercayai serta takut akan hantu dan iblis sehingga kita lupa yang sepatutnya kita harus takut ialah kepada Allah SWT, bukannya takut kepada iblis mahupun hantu. 
Itu sahaja buat kali ni..anda mahu kongsikan pengalaman anda, 'e-mail' kan kepada MHZ di mhzcoolfm@yahoo.com

MHZ, Usah Biarkan Hidup Anda Diselubungi Cendol


7 ulasan:

Izwa Kamaruddin berkata...

meremang bulu roma...

Mohd Hakimi Zulkifly berkata...

Haha..ni cite hantu UUM je..tempat lain MHZ tak tahu..haha

nur aqilah berkata...

ko xjadi hantu lak kimi???hehhe..just joking lah kawan

BoLong aNak sempoRna berkata...

kimi.. tak nak dengar citer hntu MAS... PROTON... TNB... dan LIBRARY ka...?

kHaiLi berkata...

igtkan membe ko jumpa antu kat gelanggang petro...nie eon pulakk...ada senior bgtau aku gelanggang petro ada pocong gak...xtau aa btol x...

Ukhtifarhana berkata...

huhuhu..pernah kene tindih..mse baru2 masuk uum..mlm first di misc..lepas tu mmg stiap mlm smpai sekarang msti wajib bce doa dulu,amek wuduk..alhamdulillah..lepas tu xde kene ape2 or kene ganggu ape2..syaitan..tulah caranya nk menyesatkan manusia..menyerupai berbagai bntuk yg menakutkan..

Ezad Skytech berkata...

cerita hantu ni kat mana2 ada je..(^^,)