27 Julai 2011

Cinta Cendol

Buletin COOL



Hello..Salam COOL fm MHZ ucapkan kepada semua. Buat pengetahuan para pembaca COOL fm, MHZ selepas ini bakal menerbitkan sebuah cerpen bersiri bertajuk 'CINTA CENDOL' dan Cerpen bersiri 'CINTA CENDOL' ini merupakan hasil penulisan MHZ sendiri. 

Pasti ramai yang tertanya-tanya apa yang bakal diceritakan dalam cerpen bersiri 'CINTA CENDOL' ini. Berkenaan dengan sinopsis serta watak-watak yang bakal dimuatkan dalam cerpen bersiri 'CINTA CENDOL',  semuanya akan diberitahu kemudian dalam entry-entry yang akan datang.

Setelah setahun MHZ menyepi dalam bidang penulisan, MHZ merasakan waktu sekarang merupakan waktu yang paling sesuai bagi membuat 'come back' ke dunia sastera..chewah..haha..Berikutan MHZ pun sedang bercuti, banyak masa terluang yang bisa digunakan MHZ dalam menghasilkan karya-karya menarik serta bermutu buat para pembaca COOL fm.

Cerpen bersiri 'CINTA CENDOL' ini MHZ terbitkan sebagai tanda penghargaan kepada para pembaca COOL fm yang sentiasa memberikan sokongan serta dorongan kepada MHZ dalam bidang penulisan.

Pastikan anda tidak ketinggalan dalam mengikuti perkembangan terbaru cerpen bersiri 'CINTA CENDOL'.
Itu sahaja dahulu informasi buat masa sekarang. Bye2.



3 ulasan:

Norhisham Nordin berkata...

ada cerpen ehh... terbaik..!

aamalinaazman berkata...

hihihi
x sabaq nih
i likeee!
>__<

Mohd Hakimi Zulkifly berkata...

thanx you all..nanti jgn lupa baca ok..hoho