Saluran Sukan |
Malaysia tidak boleh mendabik dada terlalu awal meskipun berjaya melangkah ke pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 Peringkat Benua Asia. Selepas menang ke atas Taiwan 2-1 di laman sendiri, Malaysia tewas 3-2 di Taipei namun berjaya ke pusingan kedua kelayakan dengan agregat 4-4.
MHZ secara peribadi merasakan pengadil perlawanan dari Vietnam yang mengadili perlawanan Taiwan menentang Malaysia di Stadium Perbandaran Taipei agak kurang cekap dalam mengendalikan perlawanan penting seumpama itu. Dia dilihat seperti mahu merosakkan perlawanan dengan menghadiahkan 3 sepakan penalti kepada Taiwan. Malaysia cukup bernasib baik ekoran penjaga gol Malaysia pada malam itu, Sharbinee Allawee berjaya menyelamatkan penalti yang kedua serta beberapa lagi percubaan berbahaya daripada pasukan Taiwan.
Jentera serangan Malaysia tampak tumpul namun Malaysia masih berjaya memperoleh 2 jaringan gol melalui Kapten pasukan, Shafiq Rahim dan pemain pertahanan tengah, Aidil Zafuan. Kedua-dua gol diperoleh melalui sepakan percuma yang cukup cantik sehingga dapat menewaskan penjaga gol utama Taiwan dua kali berturut-turut.
Pusingan kedua bakal mempertemukan Malaysia dengan negara jiran, Singapura. Mampukah Malaysia mempamerkan aksi cemerlang menentang pasukan Singapura yang dibarisi rata-rata pemain Import?? Datuk K.Rajagopal pasti sedang mencari formasi serta taktik terbaik dalam mempersiapkan pasukan Harimau Malaya yang bakal menentang Singapura dalam pusingan kedua nanti. Apa-apa pon, rakyat Malaysia akan sentiasa mendoakan kejayaan buat skuad Harimau Malaya. Malaysia Boleh!
MHZ, Majulah Sukan Untuk Negara
Tiada ulasan:
Catat Ulasan