7 Julai 2011

Idea-Idea MHZ bakal disampaikan melalui bentuk suara


COOL fm bakal dibawakan dalam bentuk AUDIO. Selama ini, MHZ mempertimbangkan tentang cara penyampaian idea melalui SUARA dan MHZ merasakan kini sudah sampai masanya COOL fm diberikan sentuhan umpama radio sebenar meskipun tidak 100% serupa dengan radio di alam realiti. MHZ mengharapkan semua pihak bakal menyokong usaha ini dan MHZ menjanjikan video suara yang menarik bagi mensensasikan jiwa anda. 

Video di bawah merupakan DEMO yang MHZ telah buat sebagai tontonan buat semua. Suara dalam Video merupakan suara MHZ sendiri yang bertindak sebagai DJ. MHZ sama sekali tidak mengambil suara mana-mana individu lain. Hanya lagu sahaja yang merupakan milik mereka yang memiliki hakcipta. Apa kata anda cuba lihat serta dengarkan Video DEMO di bawah.


Video di atas merupakan DEMO bagi menunjukkan cara bagaimana mesej-mesej MHZ di COOL fm bakal disampaikan selepas ini..Selain daripada menulis, MHZ akan menyampaikan idea melalui SUARA atau AUDIO kerana ia dilihat lebih menarik dan efektif berbanding penulisan yang tampak agak membosankan pada masa-masa tertentu. 

Namun begitu, 'method' penulisan masih menjadi 'method' utama dalam menyampaikan idea MHZ kepada para pembaca Cool fm. Mulai sekarang, COOL fm dalam sesetengah 'entry' bakal memuatkan video suara MHZ yang berperanan sebagai DJ COOL fm. 

MHZ, COOL fm TV bakal menemui anda tidak lama lagi. Video di atas adalah sebagai DEMO kepada semua. Harap semua terhibur. 

1 ulasan:

Ukhtifarhana berkata...

boleh tuju lagu?hehehe..i'm sintokkian blogger..=)