Hamboih, pekabo semua. Berjumpa lagi dengan MHZ dalam rancangan kegemaran ramai, Lelaki Hari Ini (LHI). Rancangan yang banyak membincangkan tentang hal perihal percintaan. Kali ni, MHZ akan membawakan anda satu isu yang agak hangat diperkatakan iaitu Lelaki Cepat Bosan. Sejauh manakah kebenaran kenyataan ini, jom kita bersama-sama dengan tetamu yang tidak asing lagi dengan kita iaitu Prof Jiwang atau lebih glamor dengan nama Prof J bagi merungkai keserabutan di minda kita. Jom kita saksikan temuramah khas MHZ bersama Prof J mengenai isu Lelaki Cepat Bosan dalam rancangan Lelaki Hari Ini (LHI).
MHZ: Assalamualaikum dan salam LHI kepada semua para peminat LHI yang tidak putus2 memberikan sokongan padu pada rancangan yang menggilakan ramai ini. Seperti biasa, MHZ akan bersama-sama dengan tetamu undangan kita, Prof J. Apa khabar Prof? Selamat datang ke LHI.
Prof J: Khabar baik MHZ. Terima kasih kerana sudi jemput saya. Tadi jumpa dengan Pak Leman jual goreng pisang tu. Dia cakap dah lama tak bertegur sapa dengan Mak Cik Cendol sebab gaduh pasal pelanggan. Saya pun layanla kejap sebab kalau tak layan, terasa hati la pulak orang tua tu nanti kan.
MHZ: Yela Prof. Kita tak mahu membuang masa. Saya nak teruskan saja dengan perbincangan kita pada hari ni. Tajuk kita, Lelaki Cepat Bosan. Mukadimah Prof. Silakan.
Prof J: Lelaki ni memang macam tu. Dia cepat lupa dan cepat bosan. Cuba tengok para suami dengan para isteri di rumah. Siapa yang lebih mudah lupa? Selalunya lelaki yang menjuarai benda2 lupa ni. Kalaulah lelaki yang uruskan dapur, gula dengan garam habis pun dia tak sedar. Si isteri la yang sibuk2 menyuruh si suami pergi membeli. Tentang isu Lelaki cepat bosan pula, memang saya tak dapat nak nafikan perkara ini. Puan2 di luar sana harus sedar yang lelaki ni sangat mudah bosan. Bosan ni sebenarnya berpunca daripada tabiat lupa. Bila dia lupa, dia akan bosan. Sebagai contoh, suami yang lupakan pengorbanan isteri akan lebih mudah membuatkan dia bosan dengan isterinya dan kemudiannya carik yang lain. Begitu jugalah kepada pasangan bercinta, perkara yang sama boleh berlaku jika pasangan anda lupa pada pengorbanan anda selama ini.
Persamaan Matematiknya akan jadi seperti ini:-
Lupa+Bosan=Carik Lain
-Kalau lupa digabungkan dengan bosan maka kecenderungan untuk lelaki carik lain adalah sangat tinggi.
MHZ: Bagaimana bosan itu boleh terbentuk dalam kalangan lelaki?
Prof J: Bosan ni macam yang saya katakan tadi berasal daripada perasaan lupa. Lupa di sini bermaksud lupa akan cinta, lupa pada pengorbanan pasangan maka kemudian barulah perasaan bosan itu bakal timbul. Kalau si lelaki selalu mengingati saat2 bahagia serta detik2 kesusahan bersama pasangan, kemungkinan untuk berlaku curang itu adalah lebih rendah.
Antara faktor kebosanan Lelaki terhadap wanita adalah seperti berikut:-
1. Si perempuan tidak mengendahkan lelaki (Tak reply sms, Jarang angkat Call, Susah nak jumpa)
2. Jumpa perempuan yang lebih baik (Lelaki mudah tertarik pada perempuan yang ambik berat pada dirinya justeru perempuan harus sentiasa mengambil usaha yang perlu dalam meyakinkan lelaki yang dia sudah mengambil berat akan diri kekasihnya itu)
3. Tiba2 mahu hidup solo (Si lelaki merasakan dia mahu kembali hidup single)
4. Takut akan komitmen (Si lelaki tidak mampu beri komitmen dan bosan dengan kerenah perempuan)
5. Queen Control (Tensen dengan kongkongan gf dan membuatkannya cepat bosan)
MHZ: Jadi Prof, apa pesanan Prof pada para wanita dalam mengorak usaha mengelakkan pakwe2 atau suami2 mereka daripada cepat bosan.
Prof J: Pesan saya ialah jaga mereka elok2, ambik berat pasal mereka, dan jangan biarkan mereka kesunyian. Bila para wanita biarkan pasangan mereka sunyi, saya khuatir si lelaki akan mencari yang lain bagi mengisi kesunyian mereka itu. Itu sahaja MHZ dari saya.
MHZ: Terima kasih prof kerana sudi berkongsi. Setakat itu sahaja kali ini di LHI. Kita jumpa lagi di episod yang akan datang. Bye2.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan