12 Jun 2011

Aku Berpraktikal di Mahkamah Tinggi Taiping


Ok..Hari ni lain sikit dari selalunya. Kalau tak MHZ ni asyik cakap pasal cinta je tapi kali ni MHZ nak cerita pasal diri MHZ pulak. Jarang2 MHZ ni cerita soal peribadi tapi kali ni terasa nak menulis pulak. Mungkin sebab takde isu sangat pasal cinta kot..haha..sentap mak you..

Ini gambar MHZ kat Kompleks Mahkamah Taiping. Gambar ni MHZ amik kat depan pintu Mahkamah Sesyen Taiping. MHZ time ni dengan ada jambang, memang orang luar ingat dah macam peguam betul dah, padahal tengah berpraktikal je baru.

Yang paling best, orang2 luar ingat MHZ ni majistret. Mana taknya, dengan berjambang macam tu. Sapa yang tak tertipu kan. Oleh kerana itu, MHZ mungkin akan menukarkan gaya penampilan bermula Isnin ini supaya tampak lebih muda gitu..haha

Di Mahkamah Tinggi Taiping ni, lebih kurang ada 8 orang pelajar Undang2 UUM yang sama batch dengan MHZ. Dalam 4 orang je yang datang daripada universiti lain. Kitorang kat situ sempoi je, tak kira universiti mana pun, kitorang lepak je sama2. Lagipun, boleh tambah koleksi kawan kan. Lepas tu, add je kat Facebook..haha

Kat Mahkamah Tinggi Taiping ni, memang banyak jugak pengalaman yang MHZ dapat. Kira okla. Boleh tengok sebutan dan perbicaraan kes, kadang2 tolong akak2 kerani tu buat kerja diorang. Bagus jugak bila tolong akak2 kerani tu, boleh dapat banyak pengetahuan pasal sistem pemfailan dan prosedur2 setiap kes.

Macam2 kes jugak kat situ yang MHZ dapat tengok. Antaranya, kes ayah rogol anak, kes curi Eye mo (betul ke MHZ eja tu), kes dadah dan macam2 lagi. Macam2 kerenah MHZ dapat tengok. Dari pukul 8 pagi, dah ramai orang tunggu kat depan mahkamah sebab ada kes. Yang membuatkan ramai tu sebab sanak saudara yang datang nak tengok macam mana kes tu dibicarakan serta diadili.

Inilah penampilan yang MHZ idam-idamkan sebenarnya. Memakai songkok macam ala2 peguam syarie gitu. Best tau pakai macam ni, nampakla Islamik sikit. MHZ pun bercadang lepas habis Law Degree ni, nak ambik diploma Syariah pulak supaya dapat praktis di Mahkamah Syariah jugak selain daripada Mahkamah Sivil.

Gambar ni MHZ ambik kat Moot Court di UUM. Time ni, jambang takde..haha..Itu saja yang dapat MHZ kongsikan buat masa ni. Bye2..Jumpa lagi di lain coretan.

2 ulasan:

Noramira berkata...

curi eye mo pun nak bwa p mahkamah ka???byk duit betoi...

it'S ChOc bOx berkata...

....ko folllow aku tau!!dsebabkan aku yg amek pix ko,,,hahah*