30 Mei 2011

Mula-Mula Benci, Lama-Lama Cinta

Hai, semua..Apa khabar..MHZ mengharapkan agar anda semua sihat sentiasa..Maafkan MHZ sebab lama tak update blog..Bukannya apa..dalam masa sebulan ni, kena tumpukan pada exam sebab MHZ ni jenis study last minute..Kalau tak study, maka bungkuslah diriku nanti tatkala menatap soalan exam..hoho

Pada pertemuan kali ni, MHZ nak membawakan satu isu yakni 'Mula-Mula Benci, Lama-Lama Cinta'. Nampak macam biasa je, tapi mampu mencengkam jiwa. Benda ni memang selalu kita dengar. Bukan benda yang pelik, luar biasa mahupun sesuatu yang berada di tahap alam misteri, malahan perkara ini memang diperakui benar oleh pakar-pakar cinta seantero Malaya.

Agak-agak korang la, macam mana boleh jatuh cinta padahal dulu punyala tak suka tahap cipan. Kalau nampak je muka mamat tu, rasa macam nak hempuk je dengan heel tu kan..Memang menyampah tahap kronik la kiranya..Perempuan selalunya yang menjiwai bab2 menyampah ni..Lelaki ni ada jugak rasa menyampah kat sesetengah perempuan cuma tahap menyampah tu tak fanatik sangatla kiranya.

Kenapa mula-mula dulu kita benci kat dia?
1) Sebab dia selalu ejek or kutuk2 kita
-Mamat ni selalu je kutuk aku kata jerawat banyakla. Bajet lawa la. Menyampah aku tengok muka dia. Sebenarnya awek tu tak sedar yang mamat tu actually nak tarik perhatian dia je hakikatnya. Memang ada laki yang macam ni, Aku pun tak paham kenapa dia buat macam tu..haha

2) Dia selalu je kacau time tunggu bas or time jogging petang2
Pelikla. Asal aku ada je dia datang. Asal aku pegi mana2 je, terserempak dengan dia. Berkemungkinan mamat tu memang dah tahu korang ada kat situ. Bila jumpa pulak, dia macam ganggu je. Tak boleh tengok korang senang sikit, ada je benda yang dia nak kacau..

3) Sebab dia tak handsome or tak lawa
Memang betul rupa bukan segala-galanya. Namun ramai jugak yang melihat pada rupa hakikatnya. Kalau mamat tu tak handsome, then dia datang nak try korang, mesti korang benci kat dia. Muka tak hensem tapi ada hati nak tackle kitorang yang hot ni..haha..itu benda biasala..selalu je aku tengok benda2 macam ni..

4) Sebab dia tu menjengkelkan
Korang paham tak dengan istilah ni, dalam BI kita kata annoying la..Korang rasa macam korang tertekan dengan cara dia..korang tak selesa dengan dia..jadi korang benci dia sebab dia tak dapat nak amik hati korang malahan menyakitkan hati lagi pulak..Memang tak lah aku nak terima dia (ayat awek selalu pakai)..

Banyak kan sebab korang benci tapi hanya ada satu sebab kenapa korang cintakan dia lepas tu..Sebab korang rindukan dia..Ya, memang korang benci dan menyampah tapi bila dia pergi, korang rasa macam satu kehilangan..Lepas tu, kisah cinta pun bersemi..

Itu saja daripada MHZ buat kali ini..Jumpa lagi..Bye2..

Tiada ulasan :