Di balik malam yang sepi, termenung kau sendiri ditemani bunyi-bunyi cengkerik yang menghiasi malam harimu. Mata yang kelesuan akibat keletihan yang melampau merenung buku-buku ilmiah yang bersepahan di muka meja. Sepenuh keringat kau guna bagi memperoleh butir-butir ilmu yang terkandung. Masa kian mencemburui dirimu. Ia berlalu bagaikan sudah tidak ada rasa cinta. Betapa cepat ia berjalan ternyata amat menakutkan. Penantian kepada hari getir itu adalah dahsyat. Engkau mengharapkan hasil tuaian yang berbaloi dengan usaha gigihmu itu.
Hidup di dunia ini dilimpahi dengan harapan dan tidak salah untuk kita menaruhnya meskipun sedikit sahaya. Harapan yang sama jugalah dengan masa depan. Jangan dipandang perkara yang lalu yang telah tercoret kisah kegagalanmu tetapi pandanglah ke hadapan yang menyaksikan halaman-halaman baru yang bakal tercatat. Tentunya yang lebih baik kau mahukan. Gagal sekarang bukan bermaksud kau tewas malahan ianya sebagai pembakar azam supaya kejayaan meluru ke arahmu. Ingatlah bahawa meskipun tiada peluang kedua namun jutaan lagi yang akan bakal menyusul. Marilah rakan-rakan sekalian kita bangkit dari tidur yang enak dan seterusnya mara maju ke arah cita-cita kita. Harapan itu masih ada cuma kita masih leka dibuai mimpi. Kiranya tiada usaha yang gah ke arah itu, ke manakah kita? Di kemudian hari, apakah kita masih mampu berharap...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan