1 Mei 2011

Musim Exam kian menjelma, jangan banyak sangat kita lena


Sekarang MHZ masih berada di rumah, baru je start nak study..padahal dah balik 2-3 hari..biasala kan..bila kat rumah ni, malas sikit nak menjamah buku..wah, dah macam nak makan buku tu kan..


Sedar tak sedar, minggu peperiksaan sudah kian hampir maka persediaan yang rapi harus diadakan. Tatkala di rumah, ada halangannya dan begitu juga di UUM, halangan-halangan tertentu turut ada dalam mengekalkan momentum mengulangkaji pelajaran.

Sebelum musim exam, pelbagai perkara yang harus kita lakukan supaya dapat kita menghadapi peperiksaan dengan baik dan tenang. Bagaimana kita mahu tenang tatkala ingin menghadapi peperiksaan? Kita hanya akan mampu tenang sekiranya penuh ilmu di dada dan cukup segala persiapan yang lainnya. 

Di kala musim exam yang terlampau sangat hampir, janganlah kita masih terus dibuai mimpi. Inilah masanya di mana kita bangkit dan kita selesaikan yang mana yang masih belum selesai. Di sinilah masanya kita harus meletakkan seluruh tenaga serta usaha bagi mendapatkan yang terbaik dalam bidang akademik. Kita patut meletakkan akademik sebagai keutamaan kita kerana itulah yang bakal menjadi penanda aras utama kita ketika era pekerjaan nanti.

Akhir kata, saya ingin menyeru kepada diri saya dan rakan2 supaya kita sama2 mengorbankan buat seketika akan hiburan serta kebahagiaan duniawi dengan meletakkan sepenuh usaha dalam mengulangkaji demi masa depan yang terjamin. 

MHZ, Lebih Karat Daripada Biasa

Tiada ulasan: