Dulunya MHZ ada buat cerpen bersiri bertajuk 'Cinta Kilat'..Kalau tak percaya, boleh carik kat Cool fm Channel, Saluran Cinta Kilat..tapi dah terhenti penulisan, akibat masalah2 yang tak dapat nak dielakkan..mungkin satu hari nanti MHZ akan menyambung siri Cinta Kilat tu bila dah dapat idea kelak..
Kali ni, MHZ nak membawakan isu Cinta Kilat..Korang tau tak apa tu Cinta Kilat?..Kalau tak tahu, MHZ nak cerita kat korang..pernah tak dengar pepatah ni..bukan pepatah pun sebenarnya..sejenis cinta yang kita panggil cinta pandang pertama..
CINTA PANDANG PERTAMA=CINTA KILAT
Cinta kilat ni senang cerita jenis cinta yang datang secara tiba2. Bila pertama kali pandang tu, dah tertarik dan tertawan di hati. Selalunya cinta jenis ni memang tak dapat diduga. Kalau tak, takdela MHZ namakan cinta ni namanya 'Cinta Kilat'.
SIMPTOM2 ATAU TANDA2 CINTA KILAT
1. SECARA TIBA2 MASA TERHENTI
-aisehman..tiba2 je masa terhenti..mana taknya..bila pertama kali tengok muka dia..mata kita terpaku je tengok..renungan tu dah macam nak makan orang tu..Kalaula awek tu or mamat tu perasan renungan tu, komfem dia cabut lari sebab takut tengok cara dia dipandang tu..
2. TERLINTAS TERUS NIAT HENDAK BERKENALAN
-saat pertama pandang dia, dah terdetik di hati nak berkenalan. Maknanya ada keinginan yang membuak-buak nak kenal dengan awek or mamat tu. Waktu ni, kalau ada yang berani mati, dia terus pegi dekat si dia tu dan mintak nombor phone. Kalau yang penakut, dia cuba dapatkan nombor phone si dia tu dari kenalan rapatnya yang mungkin ada bersamanya ketika itu. Kalau yang lagi penakut, dia just ada niat je tapi tak berani buat apa2.
3. TEGUR SI DIA SECARA SPONTAN
-Kita sendiri tak dapat nak menjangka situasi sebegitu boleh berlaku. Masa tu, mana cukup masa nak susun ayat..Kena cepat bertindak, kalau tak melepas nanti..Masa ni la skill mengorat tu penting..Lu pandai2 la guna apa2 isu time tu..kalau dia pakai tudung, cakap jela tudung dia cantik..or apa2 jela..tapi jangan tanya sekarang pukul berapa..itu taktik kuno..haha
4. TAK MAMPU NAK BERGANJAK DARI TEMPAT DUDUK
-Bila nampak je awek tu or mamat tu, kita tak boleh nak beredar dari situ..kita asyik renung je dia dari jauh..dalam hati, kita mengharapkan dia pun usha kita..dalam masa yang sama, kita juga nak dia tegur kita dulu..kalau nak tunggu dia tegur dulu, sampai subuh pun tak dapat..
5. CINTA TU DATANG KALI PERTAMA JE, KALI KEDUA DAH HILANG CINTA
-Mula2 tengok macam cun or hensem, jadi tertarik di hati nak kenal..time tu baru tengok muka dia dari sisi..bila tengok je depan2, dah hilang cinta pandang pertama tu..mana taknya..mula2 nampak cantik or hensem, rupa-rupanya tak seperti mana yang disangka..maka dengan itu benarlah bahawa cinta itu hanya pada pandangan yang pertama sahaja..
'CINTA KILAT HANYA WUJUD DI SAAT-SAAT TERTENTU..SELALUNYA CINTA JENIS INI HANYA BERPAKSIKAN PARAS RUPA SEMATA-MATA'
MHZ, Lebih Karat Daripada Biasa
Tiada ulasan:
Catat Ulasan