28 April 2011

Bentuk-Bentuk Clash Dalam Cinta


Pekabo yop..Lame bebenor MHZ ni tak menjelme..bukan ape..belambok sangat kerja2 sekolah yang bertimbun..kalau idok, dah lame teman ni post benda2 baru ni hah..takpela kak nab..kita lupakan pasal cerite yang dulu tu ye..kite bukok cerite baru..
Kali ni MHZ di Cool fm nak cerite pasal bentuk2 clash dalam bercinta..Kan cinta tu bersatu, kadang2 cinta pun bisa berkecai kalau tak jaga elok2 tau yop..jadi, sekarang MHZ nak kabo macam mana bentuk2 clash itu..Moh kita saksikan..

CINTA
-Cinta hanya wujud kiranya ada persetujuan meneruskan perhubungan daripada kedua-dua belah pihak. Kiranya ada satu pihak sama ada yang lelaki mahupun wanita mahukan perpisahan maka berpisahlah pasangan bercinta itu meskipun ditentang oleh yang seorang lagi.



BENTUK-BENTUK CLASH DALAM CINTA

1. UNGKAPAN PERPISAHAN
-sesuatu pasangan akan dikira mencapai tahap clash apabila ada ungkapan perpisahan sama ada secara lisan mahupun bertulis. Ungkapan secara lisan bisa dilakukan tatkala pertemuan yang terakhir kalinya. Ketika itu, pihak yang nak clash tu akan cakap yang dia mahukan perpisahan, kemudian berpisahlah pasangan itu meskipun ditentang oleh seorang lagi. Ungkapan melalui SMS, E-Mail juga boleh diterima pakai bagi menyatakan niat perpisahan.

2. DIAM TANDA PERPISAHAN 
-kalau kiranya ada salah satu pihak tidak kira lelaki mahupun wanita yang terus menerus mendiamkan diri tanpa sebab dan diam tanpa khabar berita, itu barangkali satu petanda yang dia sudah tidak lagi berminat dalam meneruskan perhubungan itu. Ketika itu, cinta itu boleh dianggap telah putus.

3. PENGGUNAAN EJEN DALAM MENGIRIMKAN PESANAN CLASH 
-ada kalanya, ketika saat ingin menyatakan niat perpisahan, seseorang itu tidak punya keberanian yang cukup dalam menyatakan perkara itu pada pasangannya. Dia barangkali akan menghantar wakil yang selalunya merupakan teman baiknya bagi menyatakan niatnya itu pada pasangannya. Clash yang berbentuk sebegini selalunya diguna pakai oleh para wanita.

4. PESANAN AMARAN DARIPADA KELUARGA PASANGAN  
-tak semua orang disukai oleh keluarga pasangannya. Pernah tak kita terdengar kes abang kepada gf sorang mamat ni datang kat dia dan bagi dia warning jangan jumpa adik dia lagi. Abang gf dia ni lepas tu akan halang adik dia jumpa mamat tu dan adik dia akan kena kurung dalam rumah je. Bila dah ada pesanan yang sedemikian rupa oleh wakil keluarga pasangan maka clash telah pun berlaku.

5. RELATIONSHIP STATUS DI FACEBOOK YANG BERUBAH
-dulu, in a relationship with minah ni or mamat ni tapi sekarang dah berubah jadi single ke or widow ke..itu pun kita ambil kira sebagai salah satu bentuk clash jugak..apa yang tak best di sini ialah semua rakan2 facebook tahu pasal ni..mungkin clash cara ni akan mendapat respon segera daripada rakan dan menarik minat yang lain yang setia menanti bagi mencuba nasib..

Inilah sahaja bentuk2 clash yang dapat MHZ kongsikan bersama. Bertemu lagi di lain masa.
MHZ, Lebih Karat Daripada Biasa

  

Tiada ulasan: