8 April 2011

Kekecewaan yang melukakan..

Hamboih, pekabo yop semua..Teman di sini nak cerita pasal benda yang bernama kecewa ni..Yele kan..bila bercinta, mana boleh nak pisoh dengan kekecewaan ye dok..Takpele..Hari ni MHZ nak cerita dekat kome semua pasal hal kecewa ni..Kenapa kome kecewa bila cinta dan apa kesan kecewa tu pada diri kome? Moh kita dengo cerita pasal kecewa ni ye..cer cerita..cer cerita..

Kalau cinta tu, kalau takde kecewa, memang tak sah..Kecewa dengan cinta ni kalau nak diumpakan la..Bagai roti canai dengan teh tarik..kalau pisah maka takde umm la kiranya bila kita amik breakfast kat kedai mamak time curik masa dari buat keje kat opis. Itulah perumpamaan yang sesuai. Lagi satu lagi perumpamaan, umpama mengidam nasi ayam tapi tak sedap pun bila makan. Itu maknanya sama jugak dengan bila cinta lepas tu kecewa. Macam mana tak kecewa. Nak makan nasi ayam, tapi mestila tensen kalau tak sedap, baik order cendol je dari tadi. Buang masa dan buang duit je kan.

 Kenapa bila cinta, ada kecewa??
1) Pasangan kita tu ada orang lain. Mestila bengang kan. Kata setia pada yang satu. Ni dah berapa dah yang setia tu.
2) Mak bapak tak kasi kawin. Bila dah cinta, tetiba mak bapak reject. Tapi mungkin ada sebab kenapa mak bapak reject. Mungkin sebab ada yang lebih baik kot.
3) Dia tak macam yang kita sangka. Ingatkan dia baik. Rupanya haprak. Better clash sekarang dik, daripada bercerai lepas kawin nanti.
4)  Dia tak mampu bagi apa yang kita nak. Takde sapa yang sempurna. Cuma kalau boleh janganlah pilih yang terok sangat. Nanti nak cari lain la pulak.
5) Pasangan kita mintak clash. Ni memang hampeh. Tengok keadaan jugak kenapa dia mintak clash. maybe sebab dia gay kot..haha..takdela, try tanya dia sendiri kenapa..mungkin mak dia suruh dia meniaga cendol sampai kaya dulu.

Kesan Kecewa Akibat Cinta
1) Tak lalu makan. Selalu kalau makan, mesti berpinggan-pinggan. Lepas kecewa, makanan takde, tinggal pinggan je.
2) Murung. Asyik duduk sorang2. Tak nak cakap dengan orang.
3) Menangis tak henti2. Menangis tu takpe tapi jangan banyak sangat. Nanti kang buta macam kasim selamat.

Tips untuk lupakan kekecewaan
1) Banyakkan berdoa pada Allah
2) Jangan duduk sorang2. Lepak dengan kawan2.
3) Cari jek lain. Tunggu dia tu pun buang masa je..

Cinta ni memang mengecewakan kalau pasangan kita tak dapat nak menceriakan dan menyelamatkan perhubungan sedia ada. Sentiasa berdoa dan berusaha bagi mendapatkan pasangan yang baik dan sesuai untuk diri kita.

MHZ, Asyik Merapu Je Keje...

Tiada ulasan :