23 Mac 2011

Nombor phone kunci Cinta

Selamat datang ke Buletin Cinta Cool fm..Harap semua ceria2 belaka..Maafkan daku kiranya ada salah dan laku..Hamboih, MHZ baru2 ni mendapat satu soalan yang datangnya daripada kenalan MHZ sendiri. Siapa dia? Itu rahsia antara aku dan dia. Chewah..haha..MHZ ni memang suka menjawab perihal cinta ni..Nak kata banyak pengalaman sangat pun tidaklah cuma kalau nak tolong sikit2 tu, rasanya tak ada masalah kot rasanya. SMS je soalan tu..MHZ di Cool fm sentiasa akan cuba membantu..Cool fm, Lebih Karat Daripada Biasa..



Perbualan Antara MHZ dan MR. X..Jom kita dengar-dengarkan..
MR.X: MHZ, aku ada nak tanya kau something la..Kau kan hebat bab2 cinta ni..Kau mesti boleh tolong aku punya..kau kan member aku..

MHZ: Hah??Soalan apa??Tanya jela..Aku ni bukan hebat pun tapi kalau aku boleh tolong, aku tolong la..

MR.X: Macam ni Bro..aku ada minat dengan sorang awek ni..aku selalu terserempak dengan dia..Dia ni cun bai..Aku rasa aku nak try dia la...

MHZ: Kau nak try dia??Kau serius ke ni??Jangan kau main terjah je kalau kau tak sure..

MR.X: Aku dah lama minat kat awek tu..Tapi aku malu nak tegur dia..Aku ada jugak chat dengan dia kat facebook tapi dia jarang2 online..

MHZ: Kau kena mintak nombor phone dia..Itu pun kalau kau betul2 sukakan dia..Kalau tak, just lupakan je..Cari je yang lain..

MR.X: Kena mintak nombor phone??Perlu ke? Guna facebook je tak boleh??


MHZ: Yes. Kau kena mintak.


MR.X: Sebab apa yang perlu sangat nombor phone tu?


MHZ: Sebab nombor phone tu adalah kunci kepada percintaan.


MR.X: Apa maksud kau dengan kunci cinta?


MHZ: Once kau dah dapat nombor phone tu, kau ada access untuk mendekati dia..Dengan cara itu, kemesraan tercipta dan cinta akan mulai berputik..


Mengapa nombor phone itu penting??
(a) Kalau nak chatting kat internet, bukan 24 jam dia online.
(b) Ada nombor phone, boleh je nak call dia anytime.
(c) SMS dia bila rindu, even dia tak balas, tapi dia komfem akan baca.
(d) Kalau nak jumpa, boleh beritahu dia.
(e) Kalau dia tak suka kita, kita boleh detect lebih cepat, takyah tunggu lama2.

Kenapa Awek susah nak bagi nombor phone?? 
(a) Bila dia bagi, dia mendedahkan diri dia kepada gangguan sms dan call lelaki
(b) Nampak macam dia perempuan murah
(c) Dia tak nak bagi harapan kat laki tu
(d) Dia dah ada boyfriend
(e) Dia memang tak suka layan laki
(f) Dia jenis yang pemalu dan takut nak rapat dengan lelaki

Moral daripada peristiwa Nombor phone ini ialah ia memang diperakui kunci cinta namun tak semua orang menyedari akan hakikat ini. Nasihat saya kepada wanita ialah jangan sesekali menyerahkan nombor phone anda kecuali anda percaya kepada kata hati bahawa lelaki itu boleh dipercayai. Itu sahaja buat masa sekarang. Assalamualaikum. Bye2..
 



Tiada ulasan: