24 Mac 2011

Enggan Bertudung..Khuatir Tampak Hipokrit..


Assalamualaikum serta salam sejahtera kepada semua pembaca Cool fm. Setelah sekian lama Saluran Dakwah Cool fm menyepi, kini ia kembali bagi membincangkan suatu isu yang agak menarik yakni isu "Enggan bertudung..Khuatir tampak hipokrit"..Sejauh manakah kebenaran perkara ini..apakah takut kelihatan hipokrit boleh dijadikan alasan untuk tidak menutup aurat terutamanya bertudung? Jom kita bincangkan bersama..




Saluran Dakwah Cool fm
"Enggan Bertudung..Khuatir Tampak Hipokrit"

Para pembaca Cool fm sekalian,
Memang sudah terang lagikan nyata bahawa manusia sama ada lelaki mahupun wanita telah pun diberikan garis panduan dalam melakukan apa sahaja di atas muka bumi Allah SWT ini. Salah satunya ialah cara berpakaian. Lelaki dan wanita haruslah menutup aurat mereka seperti mana yang telah digariskan oleh Hukum Syarak.

Mama: "Sekarang ni, orang lelaki pakaiannya lagi tertutup. Yang perempuan pulak lagi terbuka dan terdedah".
 
Bila teringat kembali kata2 mama, memang ia satu kenyataan yang tidak dapat disangkal lagi. Pada hari ini, kita bukan mahu berbincang akan garis panduan menutup aurat tetapi kita mahu meneliti alasan kebanyakan orang terutamanya wanita yang menggunakan alasan tidak mahu hipokrit apabila ditanya tentang isu menutup aurat. 

Hukum Menutup Aurat ialah Wajib.
Hukum Memakai Tudung Bagi Wanita ialah Wajib.

MHZ: Apa yang hendak ditekankan di sini ialah menutup aurat itu merupakan perkara yang wajib di sisi Agama. Antara bahagian yang perlu ditutup ialah kepala. Yang lain itu memanglah komfem kena tutup. Sekiranya gagal menutup aurat, hukumnya berdosa. Sekali lagi diingatkan, bertudung itu wajib dan bukannya sunat.

Bolehkah alasan hipokrit digunakan untuk tidak memakai tudung? 
Sekiranya sudah dinyatakan secara jelas, bahawa hukum memakai tudung itu wajib, maka tidak ada alasan untuk tidak menutup aurat. Secara terang, alasan hipokrit tidak terpakai sama sekali. Kalau dah dinyatakan wajib, kita mahu atau tidak, ia harus dilaksanakan. Kalau gagal, kita akan mendapat dosa. Kiranya hipokrit boleh dijadikan alasan maka ramailah yang akan tidak menurut hukum Islam kerana tidak mahu kelihatan hipokrit. 

1) Nak solat ke tak ni? Tak payahla..Nampak macam hipokrit la pulak..Aku bukannya selalu solat pun
2) Nak sedekah ke tak ni? Malas la..Orang kata aku menunjuk pulak ada duit banyak..Hipokrit pulak rasanya
3) Buat apa aku puasa? Bukannya aku suka puasa ni..Gila hipokrit aku ni..

Bila dah hipokrit boleh dijadikan alasan maka berkuburlah ajaran agama Islam. Apa yang kita lakukan haruslah berlandaskan Hukum Syarak. Kalau dah dikatakan wajib, maka wajiblah untuk kita sebagai umat Islam bagi melaksanakannya. Renung-renungkan. Selamat Beramal. 

Bila di akhirat kelak, kamu dulunya tidak menutup aurat kerana takut kelihatan hipokrit. Bagaimana kelak jika kamu mahu masuk ke Syurga Allah lalu Allah humbankan kamu ke Neraka? Ya Allah, Ampunilah aku..Masukkanlah aku ke dalam Syurga-Mu Ya Allah..Malanglah kiranya ketika itu Allah menjawab Aku tidak mahu hipokrit dengan memasukkan kamu ke dalam Syurga-Ku. (Sekadar ilustrasi sebagai satu bentuk pengajaran)-MHZ

Tiada ulasan: