"Cinta Tak Berbalas"-Cinta itu perlukan pengorbanan.Namun harus diingatkan, pengorbanan itu harus datang dari si lelaki dan si wanita. Kalau kiranya hanya seorang sahaja yang beriya, yang seorang lagi buat bodoh je, maka komfemla takkan wujud perasaan cinta.
LELAKI HARI INI
'CINTA TAK BERBALAS'
Bagi coretan kali ni, MHZ nak sampaikan dalam bentuk pantun..Baru ada unsur2 Melayu tradisional sikit kan. Kalau datuk nenek kita takde kat dunia ni, macam mana kita nak wujud ye dak..Jom kita berpantun..
Bawak bahulu atas perahu,
Ditambah pula sebakul sagu,
Kalau dia tu dah tak mahu,
Blah jela takyah tunggu.
Letih betul sampai terkulai,
Terpandang sejenak kelibat sang kelembai,
Kalau mesej kau dia dah tak reply,
Apa kejadah yang lu tunggu bai.
Nasi lemak nasi kerabu,
Sedap dimakan bersama budu,
Pekebenda lagi kau nak tunggu,
Tiap kali call dia tak ambik tahu.
Khuatir tertutup pintu diselak,
Mak cik sebelah bergosip bergelak,
Asal nak jumpa je kau mengelak,
Bila nak blah kata sayang la pulak.
Bunyi suara seakan gema,
Tidaklah jelas bunyi dan kata,
Kalau dia suruh kau tunggu lama,
Cari je lain habis cerita.
Cinta tak berbalas ni tak guna kita nak tunggu. Cari je orang baru. Jangan terus menerus menyeksa diri kita. Teruskan kehidupan kita dengan harapan baru kerana tiada gunanya untuk kita nantikan sesuatu yang tak pasti. Yang pasti, jangan kita hancurkan hidup kita semata-mata hanya kerana seorang lelaki mahupun wanita. Ada yang lebih baik buat kita di luar sana cuma masa yang bakal menentukannya.
MHZ, Lebih Karat Daripada Biasa
Tiada ulasan:
Catat Ulasan