9 Mac 2011

LHI: Realiti Cinta Dalam Kehidupan

Segala Yang Tertulis Tidak Ada Kena Mengena Dengan Yang Hidup Mahupun Yang Telah Meninggal Dunia

 CINTA: Realiti Sebenar

Kadang2 kita pun rasa pelik kan. Kenapa ramai sangat orang nak masuk campur dalam  hal ehwal cinta kita? Padahal suka hati kita la nak suka or jatuh hati kat sapa pun kan. Kenapa orang lain pulak nak sibuk2 mengacau pasal hubungan kita dengan si dia?


 Yang terbuku di fikiran masa tu ialah mesti diorang ni jealous aku cintan cintun ngan mamat ni or minah ni. Sebab tu la diorang sibuk2 sangat nak mengata itu ini. Korang diam sudahla. Tak payahla nak berceramah atau nak buat suntikan motivasi ke apa. Aku tahu apa yang patut aku buat.

Sedarkah kita apa sebenarnya yang orang di sekitar kita cuba perkatakan?
Ingin tahu lebih lanjut tentang mengapa mereka yang mengenali kita campur tangan dalam cinta kita?
Jom kita ikuti wawancara bersama Prof J...

Wawancara Bersama Prof J
Lelaki Hari Ini (LHI)
Realiti Cinta Dalam Kehidupan
MHZ Apa khabar Semua? Assalamualaikum dan Salam LHI kepada semua. Selamat datang ke rancangan yang menggilakan ramai iaitu LHI. Bersama kita hari ini, Prof J. Apa khabar prof?

Prof J: Khabar baik MHZ. Saya ada seminar ni hari ni. Anak kat sekolah nak kena amik kejap lagi. Bini saya ada keje sikit hari ni. Lauk saya ingat saya beli jela hari ni.

MHZ: Yela Prof. Pening aku. Ok, Prof. Cinta, realiti dalam cinta. Pendapat prof bagaimana?

Prof J: Realiti ni memang tak sama dengan teori cinta itu sendiri. Ianya seolah-olah 2 entiti yang berbeza walaupun pada hakikatnya ia sepatutnya punya persamaan yang besar. Chewah. Dalam cinta, semuanya indah terutama di awal percintaan, di waktu berpacaran. Ketika berpacaran, di kala itu teori cinta semuanya benar. Sebaik sahaja menikah, teori itu bertukar menjadi realiti. Saat menikah, teori sudah tidak terpakai. Yang terpakai hanya realiti semata-mata. MHZ, cendol satu, kurang manis ya.

MHZ: Dari sudut teori cinta, boleh tak prof terangkan?

Prof J: Baiklah. Di sini akan saya senaraikan teori2 dalam Cinta yang selalunya akan terjadi sewaktu proses berpacaran berlangsung. Jom kita saksikan.

Teori2 Cinta 
1. Sanggup Berkorban Demi Cinta
2. Berjanji Rela Sehidup Semati
3. Akan Ku Terima Dirimu Seadanya
4. Harta, Pangkat, Status..Bukan itu yang aku pinta..Hanya Cintamu yang ku dambakan
5. Kaulah yang terbaik kini dan selamanya

'Waktu berpacaran. semua ini menjadi prinsip2 utama yang diguna pakai pasangan yang bercinta. Kata mereka, kiranya prinsip ini tiada maka itu bukanlah apa yang dipanggil cinta.'

Ayat2 Yang Berbentuk Campur Tangan
Antara soalan2 yang keluar dari mulut member2 kita:-
1) Hensem la dia..tapi bahaya la..dia banyak pilihan kot..takut dia tinggalkan kau
2) Perempuan ni muslimah sangat la..nanti kawin terokla kau..
3) Mak ayah dia cerewet kau tau tak..macam mana kau nak hidup dengan diorang
4) Muka pecah rumah ni kau amik jadi bf..takde orang lain dah ke..
5) Comel la..jaga elok2 wei..bukan senang nak jumpa macam ni..

Antara soalan2 yang keluar dari mulut mak ayah:-
1) Kau carila yang berjenis sikit..ini keje pun takde..
2) Carila yang ada pelajaran..yang ada agama..untung kau nanti
3) Hari ni jela sayang..bila dah kawin, balik ngadu kat mak..
4) Kau tu belajar tinggi2..takkan nak amik laki yang macam tu..
5) Cinta je yang kau tau..nanti dah kawin, barula kau tahu cinta tu boleh beli apa..

MHZ: Kenapa ya prof? Member2 dan ibu bapa banyak memberi komen2 yang negatif? Kalau positif pun, sikit sangat.
Prof J; Orang yang bercinta, dia tak nampak buruk baik hubungan tu. Yang dia nampak, cinta tu je. Itu time couple, kita tengok pulak ayat time dah kawin. Jom kita saksikan.

Ayat2 time kawin (Bila Cinta yang Teori tu dah jadi Realiti):-

1) Abang, duit lebih ada tak? Barang dapur suma abis. Dah seminggu dah..tak beli2 lagi
2) Esok nak kena bayar yuran sekolah anak2..mana nak cari duit ni bang..
3) Dulu abang janji lepas kawin nak berubah..sekarang tak ubah2 pun..lagi terok adala..
4) Abang, janganla macam ni..Abang kenala solat..malulah kat anak2..diorang tengok kita..
5) Kiah, dulu time cinta..sekarang kau tu dah jadi bini aku..ikut jela apa aku cakap..kau jugak yang gatal nak kawin dengan aku..bukan aku yang paksa kau..

'Kalau cinta tu tak utuh, maknanya dia tak dapat nak terima tekanan akibat pertukaran cinta yang teori kepada realiti maka sebab itulah banyak penceraian yang berlaku sekarang..Semua ini hanya sebagai renungan kita bersama.'

MHZ, Menghiasi Hari Anda Dengan Falsafah Cinta



,
 

1 ulasan:

Seindah Bicara 2 berkata...

huhu, stuju sgt2 ngn post.. sbb tu la bab kawen2 ni bukn maen2.. kne well prepared kan. kewangan, mental, emosi.. yg pnting, bersedia pikul tanggung jawab tu. huhu. papepon, nice post. =)