5 Februari 2011

Patah Tumbuh Hilang Berganti


Lama sungguh MHZ menyepi. MHZ bukannya apa. Agak berserabut sikit kepala hotak ni kebelakangan ni. Dek kerana itulah, MHZ tidak dapat menghasilkan sebarang karya kerana fikiran yang dibelenggu masalah2 duniawi. Chewah.haha..

Orang2 tua dahulu kala selalu cakap yang kalau ada jodoh tu tak ke mana. Memang famous tahap cipan la ayat ni. Sehinggakan ia disebut-sebut dan sering kali diucapkan pada mereka yang masih belum bertemu jodoh. Namun kali ni MHZ bukan nak menceritakan pasal jodoh yang entah ke mana ni tetapi MHZ ingin membawakan anda bagi bersama-sama membincangkan akan perihal 'Patah Tumbuh Hilang Berganti'. Apakah kata-kata ini satu realiti ataupun sekadar ilusi di alam mimpi.

Patah Tumbuh Hilang Berganti
 Sejauh mana kebenaran peribahasa ini? Apakah ianya satu realiti ataupun hanya sekadar dongengan semata-mata. Justeru, seperti biasa, saya bakal menjemput penceramah kita yang sememangnya pakar dalam hal percintaan yakni Prof Jiwang.

Mari Kita Ikuti wawancara eksklusif bersama Prof J...
 

Lelaki Hari Ini
'Patah Tumbuh Hilang Berganti'
 MHZ: Assalamualaikum, Salam LHI kepada semua para pendengar Cool fm. Seperti biasa, Prof J akan menemani kita. Apa khabar Prof?


Prof J: Khabar selalunya indah dari rupa kan MHZ. Jadi khabar baik saya ucapkan kepada para penonton. Dan diharapkan semua jangan lupa menjamah Cendol 3 in 1 bagi menceriakan hari anda.


MHZ: Prof, sekarang ni banyak sungguh penceraian. Penceraian yang melibatkan pasangan suami isteri, hubungan kekasih yang kecundang, dan banyak lagi fenomena yang hampir serupa telah menghantui kehidupan kita. Pada pandangan Prof, mengapa fenomena ini boleh berlaku?


Prof J: MHZ, itu memang lumrah. Yang bermula pasti akan berakhir namun yang kita pertikaikan ialah pengakhiran yang bagaimana yang kita kehendaki. Bila kita berpacaran, bila kita berkahwin, yang terbenak di lubuk hati ialah supaya benda itu kekal. Masalah kepada hubungan yang tidak kekal ini kebanyakannya melibatkan komitmen yang lemah. Salah seorang daripada pasangan tidak mampu mengekalkan komitmen kepada kekasihnya maka kerana itulah hubungan itu bakal retak. Faktor kepada komitmen yang kian pudar itu memang banyaklah. Mungkin faktor kewangan, orang ketiga, ego dan banyak lagilah sebenarnya. Memang tak cukup masa kalau nak kupas buah limau kat atas meja time raya Cina ni bila nak berbicara soal keretakan hubungan kekasih.


MHZ: Prof, dari dulu lagi, orang2 tua selalu menyebut patah tumbuh hilang berganti. Bagi Prof, sejauh mana kebenaran bidalan orang dahulu kala ini. Silakan Prof.


Prof J: Memang itulah kejadian alam. Semua benda dijadikan berpasang-pasangan dan begitu jugalah manusia biasa. Yang menjadi persoalan siapa yang akan menjadi pasangan kita itu. Bila kita hilang kekasih, maknanya dia bukan jodoh kita dan akan ada yang lebih baik menantikan diri kita sebenarnya. Jangan bila ditinggal kekasih, terus kecewa dan tak nak cari pengganti. Setiap yang berlaku itu ada hikmahnya. Perpisahan itu bukan sekadar memenuhi slot sesuatu drama tetapi ia bakal menjadi titik tolak kepada pertemuan cinta yang bahagia. Jadi, betullah apa yang datuk nenek kita cakap. Yang patah pasti akan tumbuh dan yang hilang pasti akan berganti. Oleh itu, janganlah risau kerana jodoh anda sedang menantikan anda di luar sana. Teruskan dengan pencarian cinta kerana cinta tidak akan datang bergolek.


MHZ: Betul tu Prof. Kata-kata akhir Prof sebelum kita menamatkan wawancara ni?

Prof J: Dalam cinta, pasti ada pertemuan dan tentu ada perpisahan tetapi yang membezakan cinta setiap manusia ialah bagaimana ia bermula dan bagaimana ia akan berakhir. Teruskan mencari cinta kerana cinta itu ada di mana-mana sahaja. 

MHZ: Terima kasih Prof. Berjumpa lagi di LHI.

Tiada ulasan: