6 Februari 2011

Chelsea, Liverpool mempertajam bahagian serangan




2 Kelab gergasi Inggeris, Chelsea serta Liverpool masing2 menguatkan jentera serangan mereka dengan membuat pembelian yang memakan kos yang tinggi bagi mendapatkan khidmat penyerang2 bertaraf dunia. Kedua-dua kelab gergasi ini agak hambar dalam persaingan merebut takhta liga Inggeris pada musim ini dan mereka ternyata mengharapkan satu perubahan drastik dapat dilakukan dengan adanya khidmat penyerang yang baru.

Torres Sertai Chelsea

Fernando Torres yang dianggap sebagai antara penyerang terhebat dekad ini telah secara rasminya menyertai Chelsea daripada Liverpool. Torres ternyata agak kecewa dengan prestasi Liverpool yang gagal memenangi apa2 trofi kebelakangan ini dan mengambil keputusan menyertai Chelsea yang dianggap lebih konsisten dalam mendapatkan sebarang gelaran.

Keputusan Torres itu sememangnya mencetuskan kemarahan para penyokong The Reds namun Torres dalam kenyataannya tidak menyatakan sebarang rasa tidak puas hati pada LIverpool malah berterima kasih kepada Liverpool yang telah banyak menyumbang dalam pembinaan kariernya sebagai pemain. Chelsea semestinya mengharapkan keajaiban dari Torres yang pernah membawa kemenangan buat Sepanyol dalam Piala Dunia 2010.



Liverpool Kembali Garang 

Liverpool kini tampak lebih garang dengan pembelian 2 penyerang baru iaitu Carroll dan Suarez. Kedua-dua penyerang ini punya kelebihan mereka masing2. Mereka dilihat mampu membuat perubahan baru dengan Liverpool kini yang dipimpin di bawah pengurusan Dalglish setelah Hodgson disingkirkan kerana gagal menampakkan prestasi yang memberasangkan buat Liverpool.

Suarez dalam perlawanan pertamanya bersama Liverpool telah pun menyumbatkan satu gol buat kelab barunya. Para penyokong Liverpool semestinya mengharapkan kehadiran 2 penyerang baru ini akan menaikkan semula semangat serta kekuatan kelab kesayangan mereka itu. Carroll yang masih berdepan dengan masalah kecederaan hanya mampu duduk di bangku simpanan namun kehadiran Carroll selepas ini pasti sahaja menambahkan lagi kekuatan jentera serangan Liverpool yang telah lama tidak berbisa meskipun sebelum ini dengan adanya kelibat Fernando Torres.

Tiada ulasan: