'Erti Cantik Di Mata Lelaki'
Tetamu Jemputan: Prof Jiwang
Selamat datang ke Rancangan Sensasi, Lelaki Hari Ini (LHI)
Mempersembahkan Hos Anda, MHZ..
MHZ: Apa khabar semua? Terima kasih kerana terus-menerus menyokong rancangan yang menggilakan ramai ini iaitu LHI. Sebelum kita meneruskan temu bual bersama tetamu kita, Prof J, mari sama2 kita saksikan temubual bersama para remaja lelaki di luar sana. Jom, kita saksikan..
Temubual Bersama Para Remaja Lelaki Berhadapan Bangunan Cool fm
Temubual 1 MHZ: Abang2, kejap2..Saya MHZ daripada LHI nak tanya something kat abang..Dari mata abang, cantik bagi seorang awek tu macam mana?
Abang: Bagi saya, cantik tu macam..cara dia gayakan tudung..cara penampilan dia..cara dia berjalan..bagi saya itu cantik yang sebenar..
Temubual 2 (Berhampiran Konti Saluran Sukan Cool fm)
MHZ: Bro, boleh nak tanya sikit tak? Gua daripada LHI nak tanya lu satu benda la..Bagi lu, Cun tu macam mana?
Bro: Oh, lu ni mamat Hos LHI tu kan..Ok2, gua akan answer lu punya soalan..Gini bai, awek ni kalau nak consider cun, lu kena perhati shape badan dia..mantap ke tak..bergetah ke tak..Hot ke tak..seksi or not..kalau dia memang ada syarat2 ni semua..komfem lu boleh kata awek tu cun..
Temubual 3
MHZ: Hai, apa khabar? Saya dari LHI, Abang busy ke bang? Saya cuma nak tanya satu soalan je..Tak lama bang..Kalau abang la, cute tu agak2 macam mana?
Abang 2: Oh, Cute..Senang cite macam ni la..Cute ni lain sikit dari cantik..Cute ni kita ukur dari segi rupa dia..dari segi senyuman dia, cara dia ketawa, cara dia cakap, saiz badan dia..Cute ni senang cakap seolah-olah kita geram bila tengok dia..macam nak cubit2 je pipi dia..itu cute..
Temubual 4 (Berhampiran Konti Saluran Dakwah Cool fm)
MHZ: Assalamualaikum. Maaf kalau mengganggu. Saya MHZ, daripada LHI nak buat satu temubual pendek la..Bagi saudara, Perfect tu macam mana?
Abang 3: Waalaikumsalam. Oh, saudara daripada LHI. Di mata saya, perfect itu terletak pada segala segi. Bermula daripada penampilan diri, pergaulan serta akhlak yang ditampilkan. Perfect itu menunjukkan diri seseorang wanita yang meletakkan agama sebagai benteng dirinya. Dia sentiasa ingat akan Allah SWt. Meskipun dalam berhibur, bersosial, dan dari segi penampilan, dia akan sentiasa melakukan seperti mana yang telah digariskan oleh Islam. Itulah perfect yang hakiki.
MHZ: Kita dah pun tengok hasil temubual dengan para remaja lelaki di luar sana. Jadi apa kata sekarang, kita persilakan Prof J bagi menerangkan tentang erti cantik di mata lelaki. Silakan Prof.
Prof J: Terima kasih MHZ. Cantik ni sangat subjektif. Ada orang kata dia ni cantik. Ada yang kata yang itu pulak cantik. Bermakna macam2 jenis cantik di mata lelaki. Betullah macam apa yang selalu kita cakap, kecantikan itu terletak pada mata yang memandangnya. Jadi ini menguatkan lagi teori yang erti cantik ni berbeza bagi setiap orang.
MHZ: Perbezaan yang bagaimana tu Prof? Boleh tak Prof terangkan?
Prof J: Begini MHZ. Ada lelaki yang sukakan perempuan yang seksi, bergetah, memakai pakaian ketat dan terdedah. Bagi mereka, itulah cantik. Ada sesetengah pula sukakan yang menutup aurat, ayu wajahnya, sopan dan berbudi bahasa. Bagi mereka pula, itulah yang sebenarnya cantik. Macam cendol dengan ais kacang la, ada yang kata cendol cantik. Ada pula yang kata ais kacang yang cantik. Ini bergantung kepada individu berkenaan.
MHZ: Prof, Penting sangat ke cantik ni? Kenapa lelaki ni nak yang cantik2 je?
Prof J: Begini, memang lumrah manusia sukakan kecantikan. Dari segi memilih pasangan pun, kecantikan amat dititikberatkan. Namun harus diingat, cantik itu bergantung pada lelaki itu. Kalau lelaki itu sukakan wanita yang baik, cantik di matanya barangkali yang berpakaian sopan dan berakhlak mulia. Kalau lelaki itu sukakan keduniaan, maka wanita yang menampilkan susuk tubuh yang akan menjadi pilihan. Kalau kita pegi Dunkin Donnut or Secret Recipe pun, kita nak cari kek or donut yang cantik2, macam tu jugaklah bila memilih pasangan.
MHZ: Prof, apakah cantik itu hanya terletak pada rupa seseorang wanita itu semata-mata?
Prof J: Semestinya tidak. Walaupun perkara pertama yang dipandang lelaki ialah rupa seseorang wanita namun itu bukan bermakna mereka memilih wanita hanya berdasarkan rupa semata-mata. Mereka juga menilai wanita itu dari aspek penampilan, pergaulan serta akhlak. Ini semua bergantung kepada lelaki berkenaan. Wanita jenis yang bagaimana yang dia inginkan. Cantik itu sangat meluas. Janganlah kita terlalu kuno dengan hanya mengaitkan cantik dengan rupa. Bagi saya, kecantikan itu terletak pada keseluruhan diri seorang wanita. Renung-renungkan. Selamat beramal.
MHZ: Prof, kata2 akhir sebelum kita menamatkan wawancara ini? Silakan.
Prof J: Kepada Kaum Hawa, cantik itu jangan hanya pada rupa. Cantikkanlah dirimu dari segala segi. Kita kemudiannya bukan hanya cantik di mata manusia tetapi juga cantik di mata Allah SWt. Insya-Allah.
MHZ: Ok, terima kasih Prof kerana sudi bersama kita. Teruskan bersama LHI di lain masa. Salam LHI.
Lebih Karat Daripada Biasa
Tiada ulasan:
Catat Ulasan