11 Januari 2011

Konsep Cool fm

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Apa khabar semua rakan2 blogger? MHZ mengharapkan agar semuanya sihat2 belaka. Semoga kita akan terus menerus menghasilkan karya yang bermanfaat buat semua pembaca kita.


Oleh kerana MHZ telah banyak mendapat feedback daripada ramai rakan2 blogger tentang Cool fm, justeru MHZ akan tampil demi memberi penjelasan tentang konsep sebenar Cool fm.


KONSEP COOL fm



1. Cool fm ini merupakan wadah MHZ dalam menyampaikan pendapat serta luahan peribadi. Kandungan Cool fm ini merupakan hasil tulisan MHZ sendiri dan sebarang tips atau apa-apa nasihat yang dikemukakan merupakan idea yang dijana oleh MHZ sendiri.

2. Cool fm bukanlah sebuah stesen radio. Ia adalah nama yang MHZ berikan kepada blog ini. Oleh yang demikian, memang tidak ada sebarang lagu yang dikeudarakan di sini. Yang ada cuma konsep seakan-akan Radio. 

3. Cool fm diwujudkan bagi MHZ berkongsi tips serta pengalaman kepada semua. Apa yang baik, di Cool fm, bisa kita kongsi bersama. Cool fm ini boleh dikatakan blog yang bukan terlalu bersifat peribadi (personal) tetapi ia bersifat terbuka kepada semua dan kandungannya diadakan sememangnya untuk dikongsi.

4. Cool fm ini merupakan nama yang diilhamkan oleh MHZ sendiri bagi menunjukkan konsep Santai Cool fm. Tag Line Cool fm iaitu Lebih Karat Daripada Biasa itu menunjukkan konsep blog yang banyak menceritakan tentang soal cinta dan pelbagai lagi isu yang boleh menggamit minat pembaca.

5. Cool fm setakat ini mewujudkan 4 Saluran Utama yang boleh ditatap pembaca. Keempat-empat Saluran ini diwujudkan bagi memberi pengkhususan entry yang ditulis dan dalam masa yang sama memudahkan pembaca memilih jenis entry mengikut minat masing2.


Saluran2 Utama Cool fm:-




 



Para pembaca hanya perlu klik pada logo Saluran untuk ke entry2 yang berkaitan dengan Saluran.
Ini bakal memudahkan pembaca bagi mencari entry2 yang berkaitan dengan saluran berkenaan. 
Bagi yang menginginkan pembacaan entry2 lain, anda boleh ke page Cool fm Channels bagi memilih saluran2 lain selain daripada 4 Saluran Utama ini.


'MHZ ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas sokongan anda semua. Marilah sama2 kita memajukan Dunia Blog ini. Assalamualaikum dan Salam Cool fm.'

Tiada ulasan: