7 Januari 2011

Tips Mendapat Jodoh Buat Wanita

(Entry kali ini lebih terarah kepada para wanita, para jejaka jangan marah, lain masa MHZ akan tulis pasal you all pulak ye)


Dari rambut ke hujung kaki,
Senyumnya manis tampak berseri, 
Kawan-kawan semuanya berlaki,
Aku ni pulak bilanya lagi.

Amboi, berpantun pulak MHZ ye di hari yang syahdu ini. Ok, tuan-tuan dan puan-puan. Masalah ketiadaan pasangan ini bukanlah suatu perkara yang pelik namun ada sesetengah pihak yang merasa malu kerana masih belum mempunyai suami.

Kalau yang lain sudah ada yang empunya maka itu rezeki mereka tapi kepada yang masih solo dan masih belum ada perancangan rapi nak mengeluarkan Album Duet maka anda tidak perlu risau apatah lagi merasa malu dengan keadaan anda.


Islam telah menggariskan 4 ciri yang harus diamati oleh lelaki dalam memilih pasangan hidup iaitu:-
-Keturunan
-Kekayaan
-Rupa Paras
-Ketaatan Pada Agama
Dan yang paling afdhal ialah kerana agamanya. Nescaya kamu akan selamat di dunia dan juga di akhirat.  Justeru, kebanyakan lelaki terutamanya yang mencintai Islam pasti akan menilai anda berdasarkan kepada 4 ciri yang telah dinyatakan.

'Wahai para wanita di luar sana, lelaki ini merupakan golongan yang suka melihat pada luaran dan jarang sekali mereka berminat pada kelebihan dalaman seseorang wanita. Mereka lebih suka menilai wanita dari segi penampilan wanita itu berbanding dengan akhlak mahupun peribadi wanita. Dalam erti kata yang mudah, penampilan yang sesuai bakal menambat hati jejaka pilihan anda'

Ikuti Tips Mendapat Jodoh Buat Wanita...
 
Tips Mendapat Jodoh Buat Wanita:-

1. Berpenampilan yang Sesuai
Para wanita kena tengok benda ni betul2. Cara penampilan kaum wanita ini merupakan elemen yang paling penting. Mereka harus menampilkan imej yang sesuai mengikut citarasa lelaki yang mereka dambakan. Contohnya, mereka menginginkan lelaki yang baik dan berpegang teguh pada agama maka imej mereka haruslah berbentuk Islamik. Mereka harus mengenakan pakaian yang sesuai menurut Syarak. Barulah jejaka itu berminat untuk mengenali diri anda. Jikalau mereka mengenakan pakaian seksi, menampakkan susuk tubuh, bertudung singkat dan dinaikkan ke leher maka agak mustahil untuk lelaki yang Islamik akan mendekati mereka tetapi para lelaki yang sukakan gaya seksi merekalah yang akan bakal mendekati diri mereka. 



2. Akhlak yang Baik
Perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan sebaliknya. Perkara ini telah dinyatakan di dalam Al-Quran. Ini merupakan satu kebenaran yang tidak dapat disangkal. Lelaki yang sering ke Masjid semestinya mahukan wanita yang turut cintakan Rumah Allah itu. Mustahil untuk lelaki itu mencari wanita yang tidak suka ke masjid apatah lagi yang suka berfoya-foya di tempat2 yang dilaknat Allah SWT. Personaliti diri wanita itu akan bakal menarik lelaki yang mempunyai personaliti yang serupa atau seakan-akan sama dengan personaliti mereka. Jika minat mereka pada Islam maka mereka akan mudah mendapat lelaki yang juga cenderung pada Islam. Jika cenderung mereka pada lagha, maka lelaki yang mereka jumpa juga mencintai perkara2 lagha.

3. Tidak Sombong 
Para wanita janganlah bersikap sombong. Para wanita seharusnya membuka jalan kepada lelaki bagi mengenali dirinya. Dari situ, mereka dapat menilai diri lelaki itu dan apakah mereka merasakan lelaki itu sesuai bagi mengemudi bahtera perkahwinan kelak. Ingat, kenali budi sahaja dan tidak lebih daripada itu. Letakkan niat mahu mengakhirinya dengan perkahwinan dan jangan sesekali meletakkan nafsu sebagai penyebab kepada perkenalan itu.

4. Pamerkan sifat-sifat keibuan
Para wanita harus ingat bahawa tujuan lelaki ingin mengenali anda adalah kerana mereka berniat ingin memperisterikan anda. Jika di awal perkenalan lagi anda sudah merungut soal anak. Tidak mahu mempunyai anak di awal perkahwinan, menampakkan ciri2 kurang penyayang maka kemungkinan lelaki itu akan bakal tinggalkan anda. Dia barangkali merasakan anda tidak sesuai menjadi ibu kepada anak-anaknya.

5. Berdoa pada Allah SWT
Kita perlu ingat bahawa senjata orang mukmin ialah doa. Berdoalah pada Allah SWT supaya dipertemukan jodoh yang baik kepada kita. Insya-Allah, mudah-mudahan Allah SWT akan memakbulkan doa kita. Usaha sebaik mungkin dan serahkan yang selebihnya kepada Allah SWT.

'Yang Baik itu Datang Daripada Allah SWT dan Yang Buruk itu Berpunca Daripada Kelemahan Saya Sendiri'
Sehingga bertemu lagi, MHZ, Cool fm

Tiada ulasan: