14 Disember 2010

Sekian lama daku menyepi





Seperti mana sepinya pantai di subuh hari, begitulah jua diriku tatkala 3 minggu yang lalu.

Amboi Kak Jah, Cik Nab dengan Auntie Letchumy, mentang-mentang saya exam hari tu, semua asyik bergosip ye. Takpela, itu semua hak kebebasan bersuara kan. Tapi dalam perlembagaan ada ke hak kebebasan bergosip??Ops..haha..saya cuma melawak saja..



Hari tu exam hampir 3 minggu lamanya..kerana itulah MHZ agak menyepi kebelakangan ini. Bukan tak nak menulis tapi tak sempat dan idea pun lari. Jadi sekarang bila exam pun dah berlalu maka bisalah aku hidup seperti selalu. 


Dalam kehidupan ni, kita kena meletakkan yang mana penting itu sebagai yang utama. Kalau belajar itu penting maka ia yang utama. Kalau ibadah itu penting maka itulah utama. Kalau berbuat baik itu penting maka itulah utama. Tentukanlah keutamaan pada sesuatu mengikut kepentingannya. Kalau rasa perkara itu kurang penting, maka dahulukan yang penting dulu. Kalau exam dengan blog, maka pilih exam dulu. Kemudian baru kita menulis di blog kerana menuntut ilmu itu merupakan suatu jihad dalam Islam.


Saya seperti biasa akan cuba melontarkan pandangan saya dalam hal-hal yang saya rasakan sesuai untuk diperkatakan. Tidak semestinya cinta tetapi apa jua perkara yang berkaitan dengan hal ehwal kehidupan kita sehari-hari.


Saya akan kembali dengan penulisan-penulisan buat tatapan rakan-rakan blogger sekalian. Assalamualaikum.-MHZ

1 ulasan: