17 Disember 2010

Pasangan Hidup: Pilihan Sendiri vs Pilihan Ibu Bapa

(Sedutan Drama "Cheq Tak Mau Menikah" arahan MHZ)
Tatkala aku sedang enak menonton rancangan tv kegemaran aku, Oprah Winfrey Show, tiba2 aku dipanggil Mak supaya segera ke dapur. Pelik jugak aku. Baru je aku tolong Mak masak nasi tadi. Takkan tiba2 dia nak masak western food pulak. "Ada apa Mak?" Soalku kebingungan tahap cipan. "Ayahnya, tadi dia jugak yang beriya-iya nak cakap..ni anak dara kamu dah ada..cakapla" kata Mak sambil  memandang pada Ayah yang sedang membaca majalah URTV, seolah-olah memberi suatu isyarat.

Menikah dengan restu itu lebih afdhal
"Intan, Ayah dengan Mak dah bincang pasal masa depan kamu" kata Ayah dengan nada yang tampak serius. "Masa depan??Tapi bukan ke Ayah dengan Mak dah setuju saya nak jadi Nurse dulu..Kenapa tiba2 nak cakap pasal masa depan pulak??Tak fahamla" Aku bingung atau dalam kata kasar hampir bengong mendengar luahan kata kedua-dua orang tuaku.


"Macam ni..Pak hang ni nak suruh hang menikah cepat2" kata Mak sambil menjeling pada Ayah supaya meneruskan dengan isu yang terbengkalai itu. "Hah??Menikah..Cheq kan tengah belajar lagi" sepantas kilat aku memberi alasan.


"Pak nak kawinkan hang dengan Leman, anak JKK kampung kita. Dia keja pun baguih. Kereta pun besar. Rumah pun dah ada. Hang senang kalau menikah dengan dia" Ayah memandang tepat padaku seakan-akan memberi kata putus. "Tapi...Cheq dah ada calon" Terketar-ketar lidahku hendak mengatakan kebenaran. "Ayah tak kira, ayah nak hang kawin dengan Leman..itu keputusan ayah..esok depa mai meminang" Ayah bercakap dengan nada yang serius sekali. "Cheq tak mau menikah" Bidas aku dengan nada yang selamba sambil berlari ke arah tv dan menyambung menonton Oprah Winfrey Show sambil makan mamee.


Mari kita ikuti wawancara Pasangan Hidup: Pilihan Sendiri vs Pilihan Ibu Bapa dalam Lelaki Hari Ini (LHI)


LHI (Lelaki Hari Ini)
Pasangan Hidup: Pilihan Sendiri vs Pilihan Ibu Bapa

MHZ: Assalamulaikum..Selamat pagi semua..Selamat menonton LHI..Pada hari ini, kita akan membincangkan satu isu menarik iaitu pasangan hidup: pilihan sendiri vs pilihan ibu bapa. Bersama kita yang akan turut sama membincangkan hal ini ialah Prof J. Selamat datang Prof ke LHI.

Prof J: Ya. Terima kasih MHZ kerana sudi menjemput saya. Mula2 saya ingat malas nak datang sebab anak saya tuisyen hari ni. Jadi nak kena ambik dia. Nasib baik isteri saya ambik cuti. Jadi dialah yang ambik. Kereta saya pun baru je ambik dari workshop tu. Abang workshop tu kata radio rosak.

MHZ: Hah??Ok2 Prof..Saya faham..Kita nak teruskan dengan isu kita pasangan hidup. Boleh tak prof definisikan pasangan hidup? Maksud sebenar istilah ni. 

Prof J: Pasangan hidup ni maksudnya orang yang teman kita masa hidup. Kalau mati, dia dah tak teman dah. Itu namanya pasangan hidup. Jadi kalau kata cinta sehidup semati tu susah sikit la. Hidup mungkin sekali, tapi mati susah sikit nak dua2 sekali kan. Awek tu bukan pasangan hidup. Pasangan hidup ni adalah orang yang halal bagi kita. Makna kata kita kawin dengan dia. Sedap jugak kuih karipap ni. MHZ beli kat Kak Jenab depan kedai Hardware tu ke?..

MHZ: Bukan Prof. Saya beli kat Kak Limah belakang rumah Pak Kassim. Jadi Prof, apakah pilihan ibu bapa ni baik? Pada pandangan prof bagaimana?

Prof J: Ibu bapa ni sentiasa hendakkan yang terbaik untuk anak2. Kalau anak dia nak ais krim, dia beli. Nak baju, dia beli. Nak duit, dia bagi. Sampai tahap, nak bini or laki pun, diorang tolong carikan. Maknanya mereka sayangkan anak-anak. Mereka akan pilih yang terbaik. Yang tak elok, awal2 lagi diorang reject. Cuma risiko kepada anak, lepas kawin baru tahu laki or perempuan tu betul2 baik or tidak. Sebenarnya anak2 ni tak tahu yang kita sayang kat diorang ni(Ayat dalam iklan mat rempit).

MHZ: Pilihan sendiri pulak??Zaman sekarang, dengan ada teknologi, banyak yang cari sendiri. Macam mana tu Prof?

Prof J: Zaman sekarang canggih sangat. Duduk depan laptop boleh dapat calon. Tengah YM boleh dapat calon. Time belajar, boleh dapat calon. Tak salah nak cari sendiri. Kita pun boleh kenal lebih awal cuma pergaulan kena jaga.  Bak kata pepatah la kan. 'Bagai rambut dalam cendol, rambut jangan putus, cendol jangan berselerak'. Kalau jaga batas, tak ada masalah.

MHZ: Apa pandangan Prof kalau ibu bapa memaksa anak2 berkahwin dengan pilihan mereka??Patut atau tidak??

Prof J: Susah betul nak jawab soalan satu juta ni. Saya yakin betul Aznil. Saya pilih talian nyawa nombor 3. Macam ni. Ibu bapa sentiasa mahukan yang terbaik. Cuba berbincang elok2 dengan ibu bapa. Cakap kat diorang yang kalau tak bagi kawin dengan pilihan sendiri, nanti hidup merana, tak boleh makan nasi, boleh makan western food je. Saya yakin ibu bapa akan mempertimbangkan keputusan mereka. Bawak calon sendiri jumpa mak ayah. Solek dia sikit, bagi jadi cantik or hensem sikit. Barulah ibu bapa berkenan nak buat menantu. Tapi kalau calon ibu bapa lagi cun or hensem, rembat je, rugi ooo.


MHZ: Terima kasih prof. Berjumpa kita di lain masa dalam Lelaki Hari Ini(LHI)


MHZ, Lebih Karat Daripada Biasa


 

2 ulasan:

g0m0k9enDek berkata...

xmau! saya pilih sendiri saja!

♥e'in♥ berkata...

lau e'in nk pilihan sendiri..