28 Disember 2010

Couple?? Penyebab serta penyelesaian..-MHZ

(Sedutan Filem 'Bilalah Anak Aku Nak Kawin' arahan MHZ)

"Jah, anak Timah kat belakang kampung tu dah nak kawin..Dengar cerita bakal menantu dia tu driver kapal terbang" Kak Leha tampak beria benar menyampaikan berita sensasi terbaru. "Oh, yeke Leha..Baguslah tu..Bolehla bawak mertua dia pegi haji kan" Mak Senah tersenyum sahaja. Namun terpapar kesedihan di balik senyuman itu. "Ha, Senah..Anak kau si Aisyah tu pulak bila nak kawin?..Takkan belum ada calon kot??" Kak Leha tiba2 mempersoalkan ke'single'an anak dara Mak Senah. Terkedu sebentar Mak Senah. Tidak disangka soalan bernilai RM 25,000 itu bakal disoal. 


"Entahla Leha..Nanti2 adala tu yang masuk meminang" Jawab Mak Senah perlahan. Terasa sukar sekali nak menjawab soalan maut seumpama itu apatah lagi dengan talian hayat yang telah digunakan semuanya. "Yela Senah..Jangan sampai tak kawin sudahlah..Orang lain tu, takdela lawa sangat pun..Tup tap dah kawin.." Kak Leha menambahkan lagi bahang di pagi yang syahdu itu.  Dari balik jendela, Aisyah hanya menangis mendengar kata-kata Kak Leha itu. Dalam hatinya berbisik, "Kalaulah dulu aku buka ruang untuk orang mengenali aku, mesti sekarang aku dah kawin". Aisyah hanya mampu menangis namun dengan usia yang meningkat hari ke hari, dengan perempuan muda yang melambak di sana sini, sukar untuk lelaki memilih perempuan seusianya. 


Couple-Isu Dunia Moden-Ikuti wawancara bersama Prof J dalam Lelaki Hari Ini (LHI)


Lelaki Hari Ini (LHI)
Couple-Isu Dunia Moden


MHZ: Apa khabar Prof? Selamat datang ke Lelaki Hari Ini (LHI)

Prof J: Khabar baik MHZ. Tadi saya nak datang sini, ada mak cik tu bagi kad jemputan kawin. Dia kata anak dia nak kawin. Dia kata bakal menantu dia orang Pahang. Suka betul dia cerita dekat saya tapi saya tak dengar sangat sebab saya pakai ear phone time tu. 

MHZ: Prof, Couple ni semakin berleluasa..Boleh dikatakan trend orang zaman sekarang ni akan couple. Bagaimana Prof definisikan couple?

Prof J: Couple ye..Hurm, teringat masa zaman muda2 dulu ye..Couple ni maksud dia berdua..Berpasangan la kiranya..Kalau dia cinta kat diri dia sorang2 maknanya itu bukan couple..Itu mangkuk namanya..Couple ni melibatkan pemberian daripada kedua-dua belah pihak..Kalau sorang je bagi cinta, sorang lagi tak hingin nak bagi, itu bukan couple tapi bengong bebenor..Cari jela orang lain..Takkan sampai nak tunggu jiran sebelah cakap baru nak cari orang lain..

MHZ: Prof rasa couple ni releven atau tidak?

Prof J: Couple ni banyak negatifnya dari positifnya tapi ini bergantung pada yang terlibat. Kalau pandai jaga diri, pandai jaga batas, maka takda masalah. Dalam masa couple ni, bolehla kenal sesama kita. Kalau dah sesuai, kawin je. Jangan tunggu lama2, cakap kat mak ayah. Suruh pegi meminang cepat2. Tak elok bawak anak dara orang tanpa ikatan yang sah yakni kawin. Couple ni ada yang katakan haram namun saya merasakan kalau couple hanya sekadar mahu kenal maka tiada masalah. Jangan sampai berbuat maksiat. Maka itu sudah  melampaui batas.

MHZ: Prof rasa Couple ni membantu dalam jodoh?

Prof J: Ya, sudah semestinya..Kita dah ada calon..keluar universiti, keje sekejap..then kawin..jadi tak perlulah nak tunggu orang masuk meminang..kita juga dapat kurangkan masalah lambakan wanita yang tidak berkahwin..

MHZ: Apakah couple ini penyelesaian kepada pencarian jodoh?

Prof J: Tidak juga. Namun ia boleh dijadikan satu alternatif yang boleh dipilih. Kalau nak suruh mak ayah cari pun ok je namun kena ambil risiko sebab kita tak kenal pasangan kita lebih awal..Kita juga harus ingat kalau dah couple bertahun pun, belum semuanya kita tahu tentang dirinya..

MHZ: Couple ni apakah boleh dikategorikan dalam masalah sosial?

Prof J: Saya merasakan tidak adil untuk berkata seumpama itu. Mereka harus bijak dalam mengatur jodoh. Kalau couple, jagalah batas. Letakkan niat untuk mengakhirinya dengan kawin dan percepatkan bagi mengelakkan fitnah. Kalau couple untuk nafsu maka itu konfem haram..Bahkan haram jadah..

MHZ: Baiklah. Itu sahaja. Terima kasih Prof. Jumpa lagi..


MHZ, Lebih Karat Daripada Biasa

Tiada ulasan: