21 November 2010

Ingin ku seru kembali 'Mood exam'ku yang telah pergi..

Hari tu masa nak exam, punyalah berkobar-kobar semangat MHZ ni. Perabot dalam bilik 16C 233 DPP SME Bank itu dah diubah habis demi mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif. Tiba-tiba lepas tu rasa macam nak balik rumah. Time tu tengah study week, kalau tak sebelum ni tak pernah nak balik study kat rumah. Ni baru first time nak try study kat rumah masa study week. Pergh, memang tak boleh blah dengan dugaan yang melampau.

Aduh, tension memang hilang habislah sebab duduk kat rumah memang macam duduk kat syurga dunia lah kiranya boleh diibaratkan. chewah. tetapi...

Dugaan Di Rumah (Bandar Baharu, Kulim) 
Pelbagai dugaan serta cabaran yang harus MHZ tempuhi sepanjang masa berada di rumah. Memang tak sama langsung macam duduk kat UUM. Time tu MHZ just bawak balik buku-buku untuk exam yang terdekat je yakni:-

1. Principles and Liabilities of Criminal Law
2. Constitution in Malaysia
3. Penal Code
4. Islamic Family Law Act Federal Territories
5. Law Reform Marriage Act


Haha..ni baru bawak balik berapa jibik buku je..kalau bawak lebih, memang buang karan je..memang tak study langsung..bangun tido, pegi makan, pastuh online, tengok tv..Itulah kerja MHZ sehari-hari ketika di rumah..Mood exam tu dah hilang terus..


Kedah banjir..UUM menjadi pulau..Exam Ditunda

Banjir di Alor Setar
Time duduk kat rumah tu, dah melambak kawan2 kat UUM terutamanya di Bukit Kaci melaporkan di dada2 facebook tentang kemungkinan banjir di UUM. MHZ merasa sedikit lega sebab dah ada kat rumah cuma terfikir macam mana nak exam kalau banjir.

Tiba-tiba dapat berita exam ditunda. Majlis konvokesyen yang sedang berlangsung pun telah ditunda ke satu tarikh yang entah bila pun tak tahu. Mula2 rasa macam best sebab exam postponed tapi bila pikir2 balik, memang hampehla. Mood exam tu dah hilang. Sebab dah terlampau lama tunda. Hampir 3 minggu rilek kat rumah. Pastuh, nak kena balik UUM balik sebab nak amik exam. Alamak, malas gila tak dapat diketahui berapa levelnya. 

Kini di UUM..Mengira hari nak balik rumah cepat2..
  
Sekarang MHZ dah ada di bumi Kaci, UUM..MHZ still ada 5 paper untuk dihabiskan sebelum bisa pulang ke rumahku yang tercinta. 

1. Law of Tort- 24/11/10
2. Family Law- 26/11/10
3. Constitutional Law- 02/12/10
4. Criminal Law- 06/12/10
5. Retorik Perundangan dan Perbahasan- 10/12/10


MHZ tengah menghitung hari ni..tengah menyeru Mood Exam untuk datang balik ke sisi..Sebab Mood malas yang tengah ada sekarang ni..Moga2 MHZ dapat meneruskan sisa-sisa exam yang tinggal ini dengan suksesnya.

MHZ, menembak je apa yang patut time exam nanti


3 ulasan:

E'in berkata...

hoho.. good luck 2 u.. ;)

noreed berkata...

dah habis exam ke ni? hope pass with flying colors :)

dayah SnoW Heuka berkata...

hope sume okeyh la :)