4 November 2010

Cool fm Membawa Arus Perubahan Baru..

MHZ COOL fm Mempersembahkan..
Cool fm yang sebelum ini hanya berwajahkan tema cinta kini akan mula menampilkan isu2 lain yang bisa menambahkan lagi kehangatan yang sedia tercipta. Isu Cinta akan dikekalkan sebagai isu utama dalam Cool fm cuma 2 tema baru bakal dimasukkan yakni tema Sukan dan Politik.


Saluran Cinta Cool fm
Segala berita atau masalah cinta bakal diletakkan di bawah saluran cinta. Sememangnya blog ini merupakan wadah khas bagi membincangkan perihal percintaan. Maka tidak hairanlah kiranya saluran cinta ini menjadi saluran utama Cool fm.


Saluran Politik Cool fm


MHZ dalam masa yang sama tidak mahu kita terus hanyut dalam arus kemodenan tanpa memikirkan pergolakan politik semasa. Sebagai rakyat yang prihatin, kita harus tahu akan perkembangan politik semasa dalam mempersiapkan diri menjadi rakyat sebuah negara maju.


Saluran Sukan Cool fm


MHZ tidak akan melupakan kepentingan pembangunan sukan terutamanya di Malaysia. Dalam masa yang sama, MHZ akan turut memasukkan info2 sukan luar negara dalam saluran sukan MHZ. Semua ini demi menjadikan kita warganegara yang mencintai sukan.


Hanya klik pada logo saluran yang berkaitan bagi meneruskan pembacaan tentang tema berkenaan.
Terima kasih di atas sokongan anda semua. Tanpa anda, siapalah saya.


MHZ, Lebih Karat Daripada Biasa..

Tiada ulasan: