4 November 2010

Cinta Monyet

(Segala Yang Tertulis Tidak Ada Kena Mengena Dengan Yang Hidup Mahupun Yang Telah Meninggal Dunia) - MHZ

Di sebalik kemeriahan cuti sekolah yang bakal tiba, MHZ dikejutkan dengan satu panggilan hangat yang diterima di konti radio Cool fm. Seorang guru yang sudah kecewa dengan gelagat anak muridnya membuat panggilan ke Cool fm dan menceritakan perihal anak muridnya pada MHZ. Apa yang lebih mendukacitakan, anak guru terbabit juga terlibat dalam gejala sosial ini. Gejala sosial yang bakal saya dedahkan ini bukanlah suatu perkara baru. Malahan dari dahulu lagi, ia sudah menghantui jiwa sekalian remaja dan saya rasakan tidak perlu lagi saya membicarakan terlalu panjang tentang gejala ini. Apa yang bakal saya dedahkan kali ini ialah 'Gejala Cinta Monyet'.

Kak Leha, Mak Timah dengan Cik Nab pasti terpinga-pinga dengan definisi 'cinta monyet' kan. MHZ sama sekali tidak akan membiarkan Auntie2 semua tidak punya sebarang gambaran tentang isu yang bakal kita dedahkan pada hari ini. Justeru, saya terlebih dahulu akan menerangkan serba sedikit akan perihal 'Cinta Monyet'.

Definisi Cinta Monyet:
'Cinta Monyet' ini merupakan sejenis ikatan cinta yang melibatkan para remaja di peringkat sekolah menengah terutamanya. Cinta jenis ini dikaitkan dengan rasa ingin tahu tentang apa itu cinta dan lebih tertumpu ke arah perasaan yang hanya sekadar suka2 ingin bercinta dan bukan ke arah yang serius.


Hah Cik Jah..Teringat tak masa zaman kita muda mudi remaja gitu masa kat sekolah dulu. Memang kelas lah you. Sapa yang tak suka didekati kan. Masa kat sekolah dulu, mesti kita tak dapat lari dari gelaran itu dan ini. Adaya yang digelar Ratu Jerawat, Minah Kepoh, Abang Otai dan berlambak lagi sehingga tidak dapat untuk disenaraikan di Bursa Saham hari ini. Masa zaman sekolah jugaklah banyak tulisan2 kreatif terconteng di papan-papan kenyataan di dalam tandas yang melibatkan pihak-pihak yang 'HOT' di sekolah. 'Akmal love Ida', Nab Lesbian, Senah Babi, Ijat Anak Haram, semua ni antara yang diconteng di dinding2 tandas. Walaupun benda2 ni semua melanggar prinsip2 moral tapi masa kat sekolah dulu, ada ke kita ambik peduli benda tu bermoral ke tidak. Takdenya ambik peduli pun. Kita kadang2 suka lagi adala sebab boleh baca gosip terkini.

Dalam banyak2 ayat tu, MHZ nak menekankan contengan yang bertemakan cinta. Chewah. Yang lain2 tu MHZ akan coretkan dalam 'Entry ' yang lain pulak ye. Masa zaman sekolah, memang tak sah kalau tak jumpa contengan pasal love2 ni. Mamat ni suka minah tu la. Dia ni sayang pompuan tu lah. Girl ni minat kat boy tu lah(versi KL punya contengan Love). Seronok sebenarnya benda ni. Bila fikir2 balik, ada kemungkinan orang yang tulis tu sebenarnya orang yang terlibat dalam hal percintaan itu. Boleh jadi ada orang just nak kenakan pun mungkin jugak.

Kali ni, kita nak menyelongkar kegiatan2 mereka yang terjebak dalam kancah 'Cinta Monyet'. Berdasarkan kajian MHZ, ini tuaiannya. Kita saksikan.

Pergh..Jalan dengan Awek cun tu Bhai..
Kegiatan-kegiatan Cinta Monyet memang banyak. Tak semua yang dapat kita senarai hitamkan di sini. MHZ tidak ingin membawakan gejala Cinta Monyet di kala ini tetapi di kala 10 tahun yang lalu. Masa zaman MHZ masih main masak2 dengan kawin2 lagi tu. Ada jugakla main 'Aci Ligan' dengan 'Nyusup-Nyusup' kat kampung dulu.

1. Gejala meminta biodata Awek
Time ni beb, suma member2 gua mintak biodata kat awek pilihan diorang. Inilah benda yang paling hangat time tu. Kalau awek tu accept perkenalan tu, dia akan bagi la biodata dia..Kalau dia reject, cari lain Bhai..

2. Surat Cinta kertas A4 bergaris
Masa time ni, jejaka2 malaya akan tulis surat pakai kertas A4 sebab standard sikit. Maka berbagai-bagailah ayat cintan yang terkeluar bagi menambat hati sang Awek. Bila Awek tu suka kita, dia reply la surat tu. Kalau zaman sekarang, kira reply SMS la gitu.

3. Jumpa kat Koridor Tepi Kelas 
Aisehman, memang tergedik sana sinilah wa cakaplu. Pastuh, orang ramai yang lalu lalang mesti usha kan. Pergh, takkan dia couple dengan awek ni??! Masa tu memang terkejut habislah. Takkan mamat pecah rumah ni boleh dapat awek cun kot. Bila cikgu lalu je, semua couple ni dengan member2 diorang sekali lari masuk kelas.

4. Conteng kat Tandas
Demi cinta kita, akan ku lafazkannya di dinding2 tandas sekolah ini. Ada ke patut semadikan cinta kat dinding tandas. Memang tak boleh diterima dek akal. Kalau buat kerja amal untuk derma kat sekolah kira  okay la jugak kan. At least dapatlah bercinta sambil beramal.

5. Telefon awek guna no. phone rumah dia
Dulu-dulu manalah ada h/p macam sekarang ni. Masa tu TM masih menguasai pasaran telefon. Jarang-jarang budak sekolah ada h/p, tak macam sekarang ni, sekolah rendah pun dah ada handset. Yang lawaknya, bila call phone rumah dia, kita kena melepasi halangan2 yang ada. Kalau dia angkat takpela. Tapi kalau yang mengangkat tu Mak dia or yang lebih horror kalau bapak dia angkat macam mana. Ada yang tiba2 buat suara Cina, ada yang buat suara operator TM. Member aku dulu bila ada sekali Mak Awek dia angkat, dia boleh buat suara operator, 'Nombor yang anda dail tiada dalam perkhidmatan'. Memang blur habislah mak cik tu sebab bukan dia yang call.

Aduhai, kalau diingatkan balik zaman sekolah memang tak tahan nak gelak punya. Walaupun benda ni dah lama berlalu tetapi kenangannya tetap di hati.

Tiada ulasan: