9 November 2010

Cinta Artis..Woh, panas beb..

MHZ nak jual pantun ni..Ehem2..Lama tak berpantun..Dengar ye saudari(nak jual kat pompuan je tahu)..

Pegi ke Market kain terbelah,
Di usha oleh si pak cik teksi,
Kalau nak muka masuk majalah,
Jadilah artis hidup sensasi.

Wa memang respek sama Melodi..Kasi terjah sama artis

Teknik Bergosip Golongan Bukan Seniman 
 
MHZ ni bukanlah wartawan hiburan. MELODI, Galaksi, Fuhhh serta URTV mahupun Mangga tidak memberi apa2 komisen pun kepada MHZ dalam membicarakan perihal artis ni. Kalau diorang nak amik saya keje dengan diorang , mungkin I will consider that offer la. Ops, terlebih sudah.

Amboi, you all. Bila mention pasal artis je, terbeliak bijik2 mata tu. I tak nak describe this issue dengan menyebut nama2 artis tertentu. I khuatir kiranya entry ini sampai ke pengetahuan si artis, maka naik turunlah hamba di Mahkamah kelak so I'm not taking any risk.

Halo..apo kabo yop semua..Mak cik Jenab ke udara

Biasalah kan bergosip ni kan. Mak cik-mak cik pegi market pun sempat lagi bergosip time beli ikan kan. Uncle2 time minum kat kedai mamak pun sempat bergosip jugak kan. Apa yang bezanya ialah cara diorang ni menyampaikan gosip. Maknanya teknik penyampaian antara auntie2 dgn uncle2 ni berbeza. 

Jenis teknik penyampaian:-
 Teknik Auntie2: Jah, kau nak dengar cerita tak jah? Anak Leha yang rumah belakang surau tu semalam kena tangkap basah. Buat malu mak bapak je Jah oi..

Teknik Uncle2: Man, semalam aku dengar anak si Leha kena tangkap basah? Betulke Man? Ke aku salah dengar.

Walaupun tekniknya lain2 tapi isi atau content penyampaian itu adalah sama. Terpulang pada yang mendengar hendak menilai yang mana satu lebih baik untuk didengar.

Cite ni best..Sambil berlakon..Boleh Nyanyi2..Abang2 KRU..komisen takkan tkde kot..saya melawak je bang, tapi kalau nak bagi, saya ok je..

Style Artis Jawab Soalan Tentang Relationship mereka with someone  

Filem Magika Terbitan KRU
Hah, ni dia tuan-tuan dan puan-puan. Saatnya untuk kita menyelongkar teknik2 atau cara2 artis Malaysia memberikan komentar tentang perihal percintaan mereka. Tujuan MHZ bukanlah untuk memalukan sesiapa. Ini hanyalah sekadar buat tatapan kita semua. Kalau nak saman pun, no evidence you. I'm not mentioning any name here so I'm not liable for any explicit contained material particularly regarding to this post. 

Kita selalunya akan tengok adegan2 ganas artis dalam MELODI. Masa tu, si wartawan akan pergi menerjah para artis yang terlibat bagi mendapatkan kepastian tentang sesuatu gosip yang telah tersebar. Para wartawan ni bukannya pergi dengan tangan kosong. Mereka pergi menerjah dengan bukti yang terkumpul hasil penyelidikan mereka.

Ayat-Ayat yang digunakan para artis dalam membidas soalan2 para wartawan hiburan

Skuad Melodi
 1. No komen
Jawapan seumpama ini memang diguna pakai secara meluas. Jaringannya bukan sahaja boleh digunakan di Wilayah Celcom(Kuasa Di Tangan Anda) malahan di wilayah Maxis, Digi mahupun U-Mobile. Lambakan artis akan pakai ayat ni bagi meloloskan diri dari soalan maut wartawan. 

2. We're just friends/ Kami hanya berkawan
Ini pun glamor jugak. Kalau dah banyak sangat no komen, mestilah macam tak best sikit kan. Bila wartawan desak sikit je ada gambar2 suma, barulah cakap kami cuma kawan. Tapi berjalan dah macam husband and wife. Ha, macam mana nak menjawabnya tu dik?..

3. Kes ni still dalam perbicaraan
Yang ini khas buat artis2 yang bercerai. Untuk mengelakkan soalan yang lebih banyak, baik jawab macam ni je. Kan senang tu. Tak payah pikir2 banyak sangat. Kalau nak lagi senang, dia akan serahkan pada lawyer dia untuk handle. 

4. Biasalah mulut orang. Tak payah nak ambil peduli sangat
Fulamak. Ini memang common answer. Kadang2 aku setuju jugak dengan statement ni. Cuma aku pikir jugak, kalau benda tu tak betul, orang takkan mengata kan. Itu Lu Pikirlah Sendiri-Tag line Nabil

5. Saya nak bina hidup baru
Ayat ni macam ada unsur2 keinsafan sikitla kan. Banyak jugak artis yang dulu meroyan sana sini tapi dah insaf. Baguslah kalau jadi macam ni kan. Sejuk jugak hati menengoknya ya.

'Kalau dah jadi artis, memang tak sah takde gosip, kiranya macam kari takde garam la boleh diibaratkan.'-MHZ

Dah bagi peha nak lagi betis,
Sedapnya makan pulut sekaya,
Kalau dah memang nak jadi artis,
Terimalah gosip sebagai budaya.

MHZ, Lebih Karat Daripada Biasa




 

Tiada ulasan: