15 Oktober 2010

Lagenda Budak Setan: Membawa Mesej Tentang Kesetiaan CInta



Kasyah: Lelaki yang berlatarbelakangkan watak antagonis(watak jahat) pada mulanya akhirnya berubah secara total pabila bersua dengan seorang gadis bernama Ayu. Dia sedar yang dia telah jatuh cinta pada Ayu dan sama sekali melanggar etika kumpulannya yang membenci atau anti-wanita. Kasyah sanggup memohon maaf pada semua yang telah dia berbuat jahat semata-mata kerana Ayu agar Ayu bakal memaafkannya. Kasyah berubah menjadi pelajar yang bertanggungjawab dan rajin setelah mengenali diri Ayu. Ayu berjanji untuk memberi peluang kepada Kasyah untuk memiliki dirinya sebaik sahaja jejaka itu berjaya memperoleh segulung ijazah.

Ayu: Pernah bercinta dengan Azmi, seorang lelaki playboy. Namun hubungan mereka putus dan Ayu seterusnya mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran. Dalam masa itulah, Ayu terserempak dengan Kasyah yang menyelamatkan dirinya daripada tercekik cicak. Ayu sedar akan tabiat buruk Kasyah dan memberi syarat kepada Kasyah supaya berubah dan kemudian barulah dia akan membuka pintu perkenalan buat jejaka itu. Setelah melihat usaha Kasyah dalam memohon maaf kepada orang-orang yang telah dia berbuat jahat dahulu, barulah Ayu yakin bahawa Kasyah benar-benar serius mahukannya.

Rintangan Dalam Perhubungan Mereka:-

1. Perangai Buruk Kasyah. Ayu mengenakan syarat kepada Kasyah supaya berubah dan seterusnya barulah Kasyah bisa mengenalinya. Akhirnya Kasyah berjaya berubah kerana Ayu.

2. Ayu tidak mahu memberi harapan pada Kasyah. Kasyah meluahkan perasaannya buat pertama kali pada Ayu. Ayu seolah-olah masih tidak yakin pada diri Kasyah dan dirinya. Ayu tidak mahu Kasyah terlalu mengharapkan hubungan cinta dengannya. Namun Kasyah berjaya mengatasinya dengan tidak berputus asa dalam memiliki diri Ayu.

3. Ayu dan Azmi sudah terlanjur. Hakikat perkara ini mampu menggugat perhubungan antara Ayu dan Kasyah tidak dapat dinafikan lagi. Ayu khuatir Kasyah tidak dapat menerima dirinya namun Kasyah yang terlalu mencintai Ayu mampu memaafkannya dan sanggup menerima Ayu seadanya meskipun tidak lagi suci.

4. Kasyah terpaksa menjalankan sebuah projek demi menghabiskan pengajian. Kasyah takut dia akan kehilangan Ayu kerana tempoh projek itu yang agak lama dan jaraknya yang agak jauh. Ayu memberi jaminan akan terus setia pada Kasyah. Akhirnya Kasyah setuju untuk meneruskan projek itu walaupun dalam keadaan penuh dilema.

5. Azmi menikahi Ayu. Ayu sanggup menikahi Azmi kerana takut akan keadaan ibunya yang tampak sakit teruk. Demi ibunya, Ayu bersetuju menikahi Azmi dalam keadaan dirinya yang dihimpit rasa serba salah terhadap Kasyah. Perkahwinan antara Azmi dan Ayu disembunyikan dari pengetahuan Kasyah disebabkan Ayu takut Kasyah tidak akan mampu menerima kenyataan itu.

6. Ayu kemalangan. Setelah bergaduh dengan Azmi, dalam keadaan amarah, Ayu memandu kenderaan dalam keadaan penuh emosi. Ketika memandu entah ke mana arah yang ingin dituju, Ayu mengalami kemalangan yang agak parah. Ayu sembuh namun wajahnya cacat. Azmi kemudiannya membiayai kos pembedahan plastik Ayu. Ayu berubah wajah. Setelah kejadian ini, Ayu dan Azmi berpisah.

7. Kasyah pasrah setelah tahu Ayu telah menikahi Azmi. Su dengan penuh rasa serba salah akhirnya memberitahu Kasyah akan perkara sebenar. Kasyah seakan-akan tidak dapat menerima hakikat itu. Kasyah dalam keadaan itu cuba seboleh-bolehnya untuk melupakan Ayu.

8. Ayu takut mendedahkan dirinya yang sebenar. Kasyah sedar akan persamaan yang banyak antara Ayu dan Amelia. Amelia(Ayu) sudah tidak dapat berdepan dengan Kasyah lagi kerana rasa bersalah menikahi Azmi. Su mendedahkan perkara sebenar dan Kasyah bergegas mendapatkan Amelia. Kali ini, hubungan cinta mereka berputik kembali.

9. Ayu hilang ingatan. Azmi dengan tidak sengaja mencederakan Ayu dan kejadian itu mengakibatkan Ayu hilang ingatan. Kasyah mencuba bermacam cara bagi mengembalikan ingatan Ayu. Akhirnya, Ayu sedar yang hatinya telah dimiliki dan orang itu ialah Kasyah.

10. Ayu meninggal dunia ketika melahirkan anak. Ayu akhirnya buat kali ketiga meninggalkan Kasyah dan kali ini buat selamanya. Mungkin Ayu telah tiada namun cinta mereka sentiasa terpahat di hati Kasyah.


Dengan cabaran yang begini dahsyat, cinta mereka masih terus utuh berdiri.
Semua ini adalah analisa yang dibuat oleh MHZ sendiri.

MHZ, Lebih Karat Daripada Biasa..

4 ulasan:

:.Hafsah Harun.: berkata...

ceta nie snguh myayat hti..
sdih gle..
ske sgt..like2..

Mohd Hakimi Zulkifly berkata...

Kisah ni memang menarik..memandangkan diadaptasi dari novel jadi jalan cerita dia memang unik..

Mashe berkata...

sedey2... baru tgaok cita nih~

Mohd Hakimi Zulkifly berkata...

Cite ni memang mendalam ertinya..memang pilu je tengok..