17 Oktober 2010

Awek vs Bakal Isteri


Amboi..pekabo cik jah, kak jenab dan che embon yang semua sedang bergosip di pangkin bawah pokok pelam tu. Tak lupa pada abang Man, Pak Kassim dan Bro Latip yang tengah melepak kat kedai kopi Pak Abu. Semuanya sentiasa setia mendengar Cool fm,Lebih Karat Daripada Biasa.



Kita sedia maklum yang semua orang punya cinta di hati masing-masing. Cuma bezanya apakah ia berputik atau tidak sahaya. Coretan kali ini boleh dikatakan lebih ditujukan kepada kaum lelaki namun kaum Hawa pun boleh turut serta menelaah kerana perkara ini juga ada kaitan dengan diri anda.

AWEK VS BAKAL ISTERI

Zaman sekarang ni boleh dikatakan zaman cinta arus modenisasi. Semua pencinta wanita ini akan menggunakan segala kecanggihan teknologi dalam memiliki hati para wanita. Kalau zaman mak ayah kita dulu2, semua main pakai surat, pakai posmen, ketuk botol, letak surat dalam baldi, tinggal surat dalam raga motor si lelaki. Itu zaman 80-an sampai 90-an la. Aku dapat informationes tentang cara2 nak tackle tu pun dari mama dengan abah aku. Sekali sekala ada la jugak tanya kat diorang pasal benda2 ni masa minum teh time petang2.

Sebelum kita meneruskan perbincangan yang tak berapa nak ilmiah ni, pertama sekali kita akan mendefinisikan apa itu awek dan apa itu bakal isteri. Hal ini bagi mengelakkan mak cik jual cendol pening ketika saat dia membaca warkah ini.

Awek: Seorang wanita yang dianggap sebagai peneman kepada lelaki. Selalunya para lelaki akan membawa perempuan ni keluar jalan2, pegi shopping, tengok wayang dan selalu contact mcm sms dgn call. Possibility utk dia mengahwini perempuan ini ada tetapi tidak cukup kuat kerana ia bergantung pada lelaki itu sendiri. Kadang2 wanita beristilahkan awek ini hanya utk mengisi kekosongan dan bukannya untuk menjadi peneman hidup.

Bakal Isteri: Ada sesetengah pakar cinta berpendapat awek dengan bakal isteri adalah serupa namun bagi aku, ia adalah dua entiti yang berbeza. Perempuan yang didefinisikan sebagai bakal isteri oleh para lelaki menunjukkan keseriusan lelaki itu dalam memperisterikan wanita terbabit. Lelaki itu mungkin melayan wanita itu macam seorang awek namun mungkin tidak sekerap itu atau sekali sekali sahaja mereka keluar bersama. Ada sesetengah kes melibatkan pasangan yang tidak pernah keluar dating pun, namun hanya dengan berhubung di telefon, akhirnya sampai ke jinjang pelamin jua.

Oleh itu, para wanita harus bijak mengenal pasti apakah tanggapan balak kamu terhadap kamu. Kiranya kamu serius dengannya, pastinya yang terbaik kamu mahukan darinya. Renung-renungkan. Selamat beramal.

MHZ, Lebih Karat Daripada Biasa..