29 Ogos 2010

Yang Sudah tu Sudah


Yang lepas usahlah dikenang..Kalau kenang pun tak guna adik oi..bukannya boleh kita undurkan masa pun..Kita kena sentiasa realistik dalam kehidupan..Kita harus meneruskan langkah kaki kita kerana pasti ada yang lebih baik buat kita di depan sana..

Meskipun ada kalanya kita termenung memikirkan kisah dulu..Itu perkara biasa..Mana mungkin memori itu kita hilangkan semua..Cuma masa yang akan menentukan segalanya..

Hidup ini penuh dengan rintangan..Maka usahlah salahkan takdir..Kerana barangkali ada hikmah bagi setiap apa yang berlaku..

Dunia ini tidaklah sekejam yang disangka. Sampai satu masa, kekejaman yang disalah sangka itu berkemungkinan besar bakal menyebelahi kita. Itu semua kuasa Allah yang bisa menentukan segalanya. Haruslah kita bertawakkal dan berserah kepada-Nya.

Usahlah bersedih lagi. Teruskan hidup ini sebahagia mungkin. Jangan jadikan kegagalan itu satu alasan untuk kekal di takuk lama. Ingatlah bahawa meskipun tiada peluang kedua namun jutaan lagi yang bakal menjelma. Yang sudah tu sudahlah..

Tiada ulasan: