29 Ogos 2010
Tips Menulis Sajak
Ok..Assalamualaikum..Pekabo semua..Kini anda bersama saya dalam Kelas Bahasa..jadi buat masa sekarang, kita akan cuba untuk mendedahkan tips menulis sajak. Sajak ini semestinya sesuatu yang berbunga gitu kan dan ala2 seni. Dan di sini ingin saya kongsikan beberapa tips untuk menulis sajak.
1. Coretlah karya itu di waktu lewat malam.
Di waktu malam, keadaannya tenang dan memudahkan lagi untuk idea itu mencurah ke mata pena.
2. Gunakan kertas putih yang kosong
Kertas kosong melambangkan kesucian dan lebih mudah kita mendapat idea kerana kertas itu tidak nampak serabut di mata.
3. Minum secawan air yang panas atau suam (Teh, kopi, nescafe)
Air panas membantu menyegarkan diri kita. Apabila terasa segar maka kita tidak akan lesu dalam menyiapkan karya.
4. Pasangkan lagu yang tenang dan sentimental
Lagu yang tenang dan sentimental mampu membawa kita ke satu dunia baru. Dunia yang penuh ilusi dan ketenangan.
5. Gunakan mata pena yang sesuai
Mata pena perlulah sesuai. Gunakan pena yang dakwatnya terang dan tidak kembang supaya tidak mengganggu proses penulisan.
6. Cuba gunakan sesuatu benda sebagai ilham
Dengan meletakkan sesuatu sebagai ilham, lebih banyak idea bakal tercurah. Benda atau perkara itu mungkin bermakna pada diri kita.
7. Hendaklah ikhlas dan sabar.
Dalam memastikan ketulenan dan kualiti sajak yang menarik, anda perlulah ikhlas dan sabar. Dengan itu barulah sajak itu tampak asli hendaknya.
8. Coretkan buat semua
Bila anda meletakkan hasrat untuk menulis sajak itu buat semua maka anda akan lebih bersemangat dan berkobar-kobar dalam menyiapkannya.
Setakat itu sahaja tips dari saya. Selamat beramal.-MHZ
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan