Peluang itu hanya datang sekali..Dan sudah tentu takkan ku lepaskan peluang yang terhidang di depan mata ini..keistimewaan yang terpancar membuatkan aku bertambah bersyukur dengan peluang yang ku terima ini..
Harapan itu ada di mana-mana dan haruslah kita percaya bahawa ia akan sentiasa bersama kita asalkan kita membawa diri kita ke arah usaha mendapatkannya. Maka tidak hairanlah jika pada mulanya, harapan itu masih belum wujud kerana ia bukan untuk diberi tetapi untuk diperolehi.
Janganlah kita lekas pasrah dan berputus asa dalam hidup ini. Pastinya ada sahaja jalan yang bisa kita lalui asalkan kita benar2 punya keinginan mendapatkannya. Mana mungkin apa yang kita kehendaki itu jatuh ke riba tanpa usaha yang jitu ke arahnya.
Apa yang pasti. Aku berjanji yang takkan ku sia-siakan peluang ini.-MHZ, Coretan Dari Hati
Tiada ulasan:
Catat Ulasan