30 Ogos 2010
Mengapa Awak Pilih Saya?-MHZ
Soalan begini sering kali diajukan wanita kepada lelaki. Lumrah la kan. Perempuan tu mesti nak tahu sebab apa si lelaki boleh jatuh hati padanya. Takkan main2 suka je kan. Soalan ni meskipun macam senang tapi kalau jawab tak kena caranya, boleh memberi kesan yang negatif terhadap tanggapan wanita itu pada si lelaki. Dia benar2 nak tahu bagaimana bisa kamu tertawan padanya jadi janganlah ambil mudah dalam memberikan jawapan kepada persoalan ini kepadanya.
Soalan ini lebih kepada percubaan para wanita untuk mengetahui sejauh mana rasa suka lelaki itu kepadanya. Senang cerita soalan ini adalah soalan penanda aras cinta. Jawapan si lelaki bakal ditafsir oleh wanita itu dan terpulang kepada wanita itu bagi meletakkan tahap suka si lelaki itu padanya. Namun kiranya perempuan itu dah sememangnya sukakan si lelaki, soalan ini hanyalah sebagai isu untuk diperbualkan sahaja dan tidak akan memberi apa2 kesan pun pada si wanita.
Lelaki yang ditanya soalan ini pastinya akan terdiam dahulu buat seketika kerana dia akan berfikir sejenak. Selalunya lelaki sendiri pun merasa kekok untuk menjawab soalan ini disebabkan ianya tampak simple tetapi berbelit. Para lelaki akan selalunya tersenyum dan kemudian barulah dia bakal menerangkan akan kenapa wanita itu yang menjadi pilihan hatinya.
Jawapan lelaki selalunya biasa dan tak banyak bezanya. Namun jarang sekali mereka akan berkata sebab saja2. Kalau sebab saja2, saya syorkan kepada wanita terbabit supaya cari lelaki lain sajalah. Nampak sangat dia cuma nak main-mainkan kamu. Jawapan itu tidak semestinya meleret panjang. Biarkan ia ringkas namun mesejnya sampai pada wanita itu.
Walaupun kata-kata itu bukanlah segalanya namun harus diingat, segala perbuatan kita bermula dari kata-kata. Haruslah kita sedar akan perkara ini. Kalau berjanji pun tk berani, apatah lagi bila nak buat nanti. Gerenti tak jadi. Hakikatnya ialah soalan ini merupakan soalan killer yang selalu diberi para wanita.
Kalau ditanya soalan ini, walaupun jawapannya berbeda namun di hati, semuanya tetap sama. Kerana dirinya yang bertakhta di hati kita.-Coretan dari hati-MHZ
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan