21 Ogos 2010

Kemesraan Itu Kunci Kepada Percintaan


"Abah" Aku cuba mengejutkan abah aku dari lamunannya menonton tv. "Ya, ya..Ada apa?" Jawabnya dengan nada yang agak terkejut dengan sapaan aku barangkali. "Abah ni bila tengok tv orang panggil pun tak dengar" Terang aku dengan penuh keluhan, mana taknya, berkali-kali panggil baru perasan. "Kenapa?..Nak cakap apa?" Abahku seakan ingin cepat menghabiskan perbualan itu kerana terlalu asyik dengan rancangan tv agaknya.

"Kimi nak tanya something ni" tanyaku pada abah yang masih matanya memandang ke arah tv. "Cakapla cepat..Abah nak tengok tv ni". "Abah ni, nanti-nantila tengok tv, mi nak pendapat abah ni" Mataku yang melihat tepat pada abah membuatkan dia tahu yang aku tampak serius dalam hal yang bakal disoal nanti.

Pandangan aku tadi memberhentikan dia dari terus menatap tv. "Nak tanya apa sampai tak sempat-sempat tunggu ni? Cakapla..Abah dengar ni.." Abah yang tadi agak kurang memberi perhatian kini sudah mula memberi perhatian pada kata-kataku. Abahku seorang yang sempoi habis. Aku dengan abah umpama rakan karib yang selalu berkongsi pendapat dan rasa hati. Oleh kerana sifatnya yang rilek, aku tidak segan2 dalam menceritakan perihal diriku padanya dan soal cinta juga tidak terkecuali.

"Abah, macam mana nak tackle awek?" Tanyaku dengan nada yang agak tersekat-sekat. Bukan apa, soal cinta ini agak segan untuk diperkatakan apatah lagi dengan orang yang lebih tua dari diri kita. "Oh, sebab ni la sampai Abah nak tengok tv pun tak boleh". "Ya, sebab ni la" Sahut aku segera menunjukkan tanda ingin tahu.

Abah dengan nada selamba dan rilek berkata, "La, kalau nak mengorat, senang ja". Dia masih sempat tertawa barangkali kerana soalan aku itu yang tampak lucu padanya. "Kalau dah senang sangat, macam mana?" Mataku yang memandang tepat padanya membuatkan Abah terpaku seketika. Dia mungkin agak terkejut dengan reaksi aku.

"Kita nak kenal mesti slow2..Jangan main terjah ja..Bagi dia masa..Kerana cinta itu takkan datang sehari dua.." Jawabnya dengan penuh tenang. Seolah-olah sudah mengenal erti cinta dan ribuan pengalaman yang terbuku di hati gamaknya. Mana taknya, abah dengan mama bercinta hampir 7-8 tahun. jadi memang tak hairanlah kiranya abah cukup arif dalam hal ini. Mereka berkahwin bukan atas dasar pilihan keluarga tetapi atas dasar pilihan sendiri.

"Memangla slow2 tapi sampai bila nak tunggu..sebulan? dua bulan? setahun?" Tanyaku pada abah. Memang terserlah sungguh ketidaksabaran aku ketika itu. "Hahaha...Hahaha..Hahaha.." Abah tertawa dengan terbahak-bahak. Mama di dapur pun terdengar akan ketawa abah yang dengar serumah itu. Aku bertanya, "Kenapa abah gelak?".

"Cinta itu bukan datang sekelip mata..Jawapan kepada sesebuah cinta ialah masa..masa yang akan menentukan segalanya" Kata abah kembali kepada nada yang serius. Mungkin telah penat akibat gelak yang terbahak-bahak tadi agaknya. "Tapi, masanya bila?" Tanyaku lagi. "Bila kimi selalu dengan dia..minum dengan dia..keluar dengan dia..sms dia..call dia..lama2 nanti cintalah" Kata abah lagi. "Walaupun dia tak suka" Kataku dengan penuh tanda tanya. "Kalaupun dia tak suka, tapi kalau hari2 duduk sekali, lama2 akan jadi sukala tu..sebab kita rapat dengan dia.." Jawab abah dengan penuh yakin..

Aku tidak tahu yang pada malam itu abah bakal mengeluarkan sesuatu yang tidak pernah aku jangkakan..meskipun aku tahu abah ni berbunga orangnya namun dia ini bukanlah yang jenis berkarya..

"Macam mana abah yakin sangat kalau rapat dengan dia, walau tak suka, akan suka jugak akhirnya?" Aku mahukan jawapan yang boleh memuaskan aku ketika itu. Abah dengan wajahnya yang tersenyum dan yakin kemudiannya berkata," Abah tahulah sebab abah ada banyak pengalaman..lagipun..kimi kena selalu ingat teori ini..Kemesraan itu adalah kunci kepada percintaan". Malam itu ditutup dengan menimbulkan seribu tanda tanya pada diriku.

Tiada ulasan: