15 Ogos 2010

Aku Mulai Matang Dalam Soal Ini-MHZ


Aku kini sudah sedar yang diriku telah menampakkan kematangan dalam perkara sebegini..perkara apakah itu semestinya menjadi persoalan kepada semua..telah aku janjikan sebelumnya yang aku bakal mendedahkan sesuatu dalam penulisan kali ini..Dan ingin ku kotakan janjiku agar tidak ku terbeban dengan janji ini buat selamanya..

Kini baru aku percaya akan apa yang telah diperkatakan oleh sahabatku..apa yang dinyatakan itu ternyata benar..tidak ku sangka..perkara itu benar2 berlaku..rupa-rupanya apa yang aku praktikkan selama ini itu sudah tidak berkesan di masa kini..tidak ku sangka langsung akan perihal itu..

Bukan mudah ingin memikat hati seorang gadis yang menjadi idaman hati..aku sudah menemui jalan buntu..bagaikan sudah tidak ada jalan keluar..aku dibelenggu kisah-kisah dulu..kisah-kisah yang mengingatkan aku akan segala yang pahit, duka serta sengsara..

Tidak aku nafikan..aku mahukan sesuatu yang baru dalam hidupku..hatiku mulai sepi kerana sudah terlalu lama tidak berpenghuni..kini pintu hatiku sekali terbuka..dan aku tidak mahu sia-siakan peluang yang terhidang di depan mata..mungkin ini barangkali petunjuk dari Allah SWT buat diriku..Aku sudah terlalu lama dihimpit memori duka dan sudah sampai masanya aku lupakan segalanya dan mulakan sesuatu yang baru..

Aku seringkali bertanggapan negatif dulunya..kalau berkenan saja, dah fikir dia itu dah dimilik orang walaupun perkara itu tidak pernah disoal pada dirinya..kini aku cuba berprasangka baik..aku sudah tidak mahu berfikiran kolot mahupun kuno kerana semua ini meletakkan aku di belakang dan sukar untuk aku mengejar pilihan hati dek kerana hati yang sentiasa tidak tentu arah dan tidak pasti..segala ketidakpastian harus aku kikis terus dari hatiku..perkara inilah yang menjadi penyebab aku tidak mampu meneruskan halangan yang dulunya pernah aku tempuhi..

Aku ini hanya insan biasa yang perlukan pertolongan di kala suka dan duka..aku tidak pasti sama ada dirimu yang bertakhta namun apa yang pasti kau seakan sudah mula merajai singgahsana cinta..aku harapkan ini yang akan mengakhiri kemarau cintaku..sudahlah dengan kisah pahit dulu..yang manis kini ingin aku ratapi..aku tidak mahu terburu-buru..masa yang akan menentukan tindakan aku yang seterusnya..

Dan semua ini telah menyedarkan aku akan satu perkara..cinta itu datang secara tiba2 meskipun kita rasa kita yang menciptanya namun hakikatnya ini semua perancangan yang telah ditentukan Allah SWT..aku tahu kau mungkin bukan yang pertama namun aku janji engkau adalah yang terakhir buat diriku..

Tiada ulasan: