6 Ogos 2010

Cinta itu buta..Ia datang tanpa diduga-MHZ


Cinta itu sebenarnya membawa seribu kebahagiaan kepada mana-mana insan yang merasainya. Meskipun ada duka yang mengiringi akan kebahagiaan itu namun cinta itu yang merajai segalanya. Aku sendiri tidak arif akan istilah cinta. Bagiku, pandangan terhadap cinta ini berbeda mengikut insan. Tidaklah aku memaksa teoriku ini diterima. Malahan ia hanya sekadar utk kita kongsi brsama.

Pernahkah kita terfikir bagaimana caranya cinta itu menyusup masuk ke jiwa kita. Kadang-kadang kita sendiri tidak sedar ada insan yang cuba mengetuk pintu hati kita. Ada yang sesetengah itu menyelinap masuk ke sudut hati tanpa kita duga. Perasaan ini selalunya mengambil masa dan yang terjadi segera itu barangkali petanda cinta pandang pertama. Walaupun ramai yang cuba mengatakan seakan tidak wujud cinta seumpama itu tetapi hakikatnya memang ada cinta sebegitu lahir dalam kalangan pasangan yang mengalami perasaan cinta.

Cinta itu dikatakan buta. Dan peranan kita untuk mencelikkan cinta yang meraba dalam kegelapan itu. Bukalah pintu hati anda kepada mereka yang cuba untuk mendampingi diri anda. Ingatlah bahawa anda tidak rugi sekiranya memberi peluang. Kita sendiri tidak tahu barangkali yang kita hindari itu entah-entah jodoh pilihan Allah untuk kita. Haruslah kita kenali dirinya dahulu sebelum mengadili diri seseorang.

Perihal cinta ini perihal serius. Ia melibatkan soal jodoh. Ia melibatkan soal hati. Ia melibatkan soal siapa yang bertakhta di singgahsana ini. Cinta itu punya erti yang sejuta. Pasangan yang dipilih itu haruslah kena dengan diri dan keperluan semasa.

Masa kini mungkin anda dilamun cinta sampai lupa akan realiti hidup di dunia. Pencapaian dirinya juga tidak kurang pentingnya kerana dia akan sama2 bakal mengharungi hidup bersama kita. Sekarang waktu bercinta, segalanya indah belaka. Ketika sudah berumah tangga, anak sudah pun dua..mula bergaduh soal duit dan harta..ini semua kerana tidak berfikir tatkala bercinta..masa depan dan kerjaya mampu mengubah cinta..skrg zaman belajar tiada duit tidak apa..zaman bekerja, tiada duit, apakah cinta yang menyara kehidupan kita sekeluarga..kerana itulah kata orang cinta itu sememangnya buta..dalam bercinta semuanya tidak mengapa, tetapi mampukah kita berpura-pura buat selama-lamanya..-MHZ, yang benar brsama saya..

Tiada ulasan: