27 Julai 2010

Cinta Bukan Untuk Dijumpai Tetapi Untuk Dimiliki


Cinta itu punya erti yang sejuta. Sekiranya ingin diselami erti cinta, lautan yang dalam itu pun belum tentu dapat menerang maksud yang tersirat di sebalik kata cinta.
Kita semua insan biasa. Punya Perasaan dan hati yang bisa gembira dan ketawa dan mampu juga membawa seribu duka.

Kelaziman itu adalah peristiwa berputiknya cinta. Bukanlah pelik kiranya kita jatuh cinta. Cinta itu akan timbul dengan sendirinya. Ia akan wujud tanpa kita sedar dan kita pinta. Itulah hakikat dunia percintaan.

Namun haruslah kita ingat. Meskipun cinta itu lahir dengan sendiri. Tetapi ia tidak akan datang sendiri tanpa kita pergi menuai cinta itu dengan usaha yang tidak henti. Cinta itu barangkali kita jumpa namun itu bukan jaminan ia milik kita.

Ingatlah bahawa cinta itu bukan untuk dijumpai tetapi untuk dimiliki. Jikalau ada yang bertanya bagaimana ingin dimiliki, tanyalah kata hati, kerana ia tidak pernah menipu dan firasatnya sering kali mengerti akan apa yang tersirat di hati. Kalaulah cinta sekadar untuk dijumpai maka punahlah alam ini. Kita perlu mengerti yang cinta itu takkan datang sendiri dan menjadi perjuangan kita meletakkan ia di sudut hati.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kembali lg setelah lama menyepi...memang susah utk diterjemahkan maksud cinta meskipun sudah terlalu ramai menderitainya...tanpa kita sedari cinta itu dtg sendiri...apekah yg peliknya jika kita jatuh cinta?kasih sayang itu adalah fitrah, anugerah suci dari-Nya..ada Adam ada Hawa,ada kumbang ada bunga,ada bulan ada bintang...semuanya berpasangan...iye...letakkanlah ia jauh disudut hati hgga tiada insan lain yg mampu merungkai kerna ia adalh suatu yg abadi kerna ia adalah rahsia hati...

Mohd Hakimi Zulkifly berkata...

dahsyat btul ayat dia..mmg sy kagum dgn ayat yang digunakan..

Tanpa Nama berkata...

ahahaha...tetiba je idea kuar cm tu...tp kn lg dasyat wall awk nie...knp pink???

Mohd Hakimi Zulkifly berkata...

tetiba je kluar..maknanya ada bakat la tu..bagus2..pink tu sbb nampak ceria..nampak mcm jambu skit..

Tanpa Nama berkata...

bakat??xde la...die dtg time2 je...amboi nk jd jambu ke skg nie...hehe...tp wall yg dlu lg best...:)

Mohd Hakimi Zulkifly berkata...

yeke dulu lg best?..sjala brtukar angin..nnti mgkin akn switch ke yg dlu balik..